Anda di sini

Eddie Van Halen, perginya gitaris legenda

Advertisement
VAN HALEN
VAN HALEN

EDDIE van Halen, pemain gitar legenda bagi kumpulan yang dianggap salah satu kumpulan rock paling hebat dalam sejarah, meninggal dunia Selasa lepas setelah sekian lama mengalami kanser, kata anaknya dalam satu pengumuman.

“Saya tidak percaya saya perlu menulis ini, tetapi bapa saya, Edward Lodewijk Van Halen, sudah tewas dalam pertarungannya yang lama dan sukar dengan kanser pada pagi tadi,” tulis Wolf Van Halen dalam satu mesej Twitter dengan gambar penyanyi rock itu yang berusia 65 tahun.

“Beliau adalah bapa terbaik yang saya dapat harapkan,” tambahnya.

Dilahirkan di Belanda dan dibesarkan di California, Van Halen menubuhkan kumpulan rock berkenaan bersama abangnya Alex pada awal tahun 1970-an dan dengan cepat mendapat ramai peminat.

Beliau terkenal bagi apa yang dikenali sebagai ‘finger tapping’ - bermain gitar dengan dua tangan, seperti piano.

Beliau juga dikenali kerana gitarnya, termasuk satu gitar yang dinamakan Frankenstein yang dicantum daripada bahagian alat lain.

Antara lagu-lagu klasik kumpulan itu adalah ‘Jump’, ‘Panama’, ‘Runnin’ with the Devil’, dan solo gitar ‘Eruption’.

“Ed merupakan lelaki yang muncul sekali atau dua kali dalam tempoh seabad. Kita ada Hendrix dan kita ada Eddie Van Halen,” kata sahabat dan gitaris Jerry Cantrell dari kumpulan Alice in Chains sewaktu hujung minggu Grammy pada Januari 2019.

“Dua lelaki itu menggerakkan dunia di atas paksinya.”

Van Halen menjual lebih 75 juta album dan mempunyai lebih banyak lagu hit nombor satu atas carta rock aliran utama di Amerika Syarikat berbanding mana-mana artis lain, kata label kumpulan itu.

Album kumpulan itu ‘1984’ telah menjadi kemuncak bagi kumpulan itu, yang memberikan mereka satu-satunya lagu single nombor satu mereka ‘Jump’.  

'TIDAK MINUM

UNTUK PARTI'

Ketegangan kreatif dalam kumpulan itu meruap sewaktu jelajah ‘1984’, dengan pergaduhan di antara Eddie Van Halen dan penyanyi utama asal, David Lee Roth. Roth meninggalkan kumpulan itu pada April 1985.

Salah satu perkara yang tidak memuaskan hatinya dengan Eddie Van Halen dilaporkan sebagai kerja luar penyanyi rock itu, termasuk menyediakan gitar utama untuk lagu hit Michael Jackson pada 1983 ‘Beat It’.

Bagaimanapun, Van Halen mengumumkan jelajah pada 2007 dengan Roth yang membuat persembahan bersama kumpulan itu buat pertama kali dalam masa 22 tahun.

Satu lagi jelajah yang dirancang pada 2012 terpaksa dibatalkan selepas Eddie VaN Halen terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Tetapi kumpulan itu bersatu semula pada 2015 untuk jelajah yang meluas di Amerika Utara.

Eddie Van Halen diketahui ada masalah kesihatan yang menjejaskan kerjanya selama bertahun-tahun.

Beliau menjalani pembedahan pinggul pada 1999 dan sebahagian daripada lidahnya dipotong pada 2000 selepas didiagnos dengan kanser, kemungkinan kerana beliau kuat merokok.

Walaupun diisytiharkan bebas daripada kanser selepas pembedahan itu, laman berita tabloid Amerika TMZ melaporkan pada awal tahun ini bahawa beliau telah pergi ke Jerman untuk rawatan kanser kerongkong.  

Penyalahgunaan dadah dan arak menyumbang kepada perceraiannya pada 2007 daripada aktres TV Valerie Bertinelli selepas mendirikan rumah tangga selama 16 tahun.

 Momento termasuk bunga ros, pemetik gitar dan sebatang rokok diletakkan di kesan tapak tangan di Pusat Gitar di Hollywood, California sebagai memperingati kematian gitaris terkemuka Eddie Van Halen pada 6 Oktober lalu. Van Halen meletakkan tangannya di simen terbabit dan dimasyhurkan di Hollywood, California RockWalk pada 13 November 1985. — Gambar AFP
DISANJUNG: Momento termasuk bunga ros, pemetik gitar dan sebatang rokok diletakkan di kesan tapak tangan di Pusat Gitar di Hollywood, California sebagai memperingati kematian gitaris terkemuka Eddie Van Halen pada 6 Oktober lalu. Van Halen meletakkan tangannya di simen terbabit dan dimasyhurkan di Hollywood, California RockWalk pada 13 November 1985. — Gambar AFP

'GITAR MENANGIS DI MANA-MANA'

“Saya tidak minum untuk parti. Arak dan kokain merupakan benda peribadi bagi saya. Saya menggunakannya untuk bekerja. Tamparannya menyebabkan anda tidak dapat tidur dan arak mengurangkan kekangan anda. Saya pasti ada benda muzikal yang saya tidak akan cuba jika saya tidak berada dalam keadaan mental itu.”

Penghormatan dari beberapa nama terbesar dalam dunia muzik diterima Selasa lepas ekoran berita tenang kematiannya.

“Saya cukup sedih sekali mendengar berita tentang pemergian sahabat yang saya kasihi Eddie Van Halen. Beliau berlawan dalam pertarungan yang lama dan susah dengan kansernya hingga ke akhir. Eddie merupakan seorang manusia yang sangat istimewa, seorang sahabat yang amat hebat. Bersemadi Dalam Damai, sahabat yang saya kasihi, sehingga kita berjumpa lagi,” ciap Tony Iommi dari kumpulan Black Sabbath.

“Sedih mendengar Eddie Van Halen sudah meninggal dunia. Seorang inovator gitar dengan semangat eksplorasi muzikal dan teknikal yang kuat. Doa dan fikiran bersama keluarga dan sahabatnya,” ciap Yusuf/Cat Stevens.

Penyanyi lagu Diane Warren berkata dalam satu ciapan bahawa ‘gitar menangis di mana-mana dengan lemah lembut. Bersemadi Dalam Kuasa Eddie VaN Halen.’

Penyanyi rock itu meninggalkan isteri keduanya Janie Liszewski dan anak lelakinya, selain isteri pertamanya Bertinelli. — AFP

Advertisement