Anda di sini

Clint Eastwood arah dan bintangi filem baharu

Advertisement
EASTWOOD
EASTWOOD

PELAKON dan pengarah terkemuka Hollywood Clint Eastwood, 90, akan mengarah dan membintangi sebuah filem baharu, ‘Cry Macho’, media Amerika Syarikat (AS) melaporkan.

Ia adalah tidak jelas bila penggambaran akan bermula tetapi Eastwood sudah mula meninjau lokasi penggambaran, laman berita hiburan Deadline melaporkan.

Lakon layar bagi ‘Cry Macho’, yang belum lagi diberi kebenaran secara rasmi oleh Warner Bros, ditulis oleh N. Richard Nash, penulis novel dengan tajuk yang sama pada 1970.

Penulis skrip Nick Schenk, yang bekerja bersama Eastwood dalam ‘Gran Torino’ (2008) dan ‘The Mule’ (2018), dilaporkan turut terlibat.

Ceritanya adalah mengenai seorang bekas bintang rodeo yang menjadi penternak kuda dan menerima misi dari seorang bekas majikan untuk merentasi sempadan AS-Mexico dan mengambil anak lelakinya dari seorang ibu yang ketagih arak dan membawa balik budak itu kepada bapanya di Texas.

Arnold Schwarzenegger pernah dikatakan akan membawa watak utama pada 2011 tetapi projek itu telah dibatalkan, media AS melaporkan. — AFP

Advertisement