Anda di sini

Pelajari strategi pelajar cemerlang dalam Masterclass SPM Uni Enrol

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Pelajar yang bakal meghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang mempelajari tiga strategi terbaik pelajar cemerlang dengan menggunakan pendekatan singkat meraih keputusan cemerlang.

Pelbagai pendekatan dan strategi terbaik ditawarkan dalam Masterclass SPM Uni Enrol yang diadakan pada November ini. Justeru, pelajar boleh mendaftar sekarang di unienrol.com/spm-masterclass.

Kajian mendapati kebanyakan pelajar cemerlang tidak terlalu fokus untuk mengingati dan menyemak semula pelajaran tetapi mengambil pendekatan untuk belajar secara berstrategi.

Pelajar tidak perlu mengingat semua tetapi sebaiknya mengenal pasti topik penting untuk fokus berdasarkan kertas soalan yang lepas.

Membuat latihan dari kertas soalan yang lepas juga antara strategi penting untuk lebih mudah menguasai soalan-soalan peperiksaan SPM.

Salah satu kaedah yang sering diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah dengan membuat latihan berdasarkan soalan-soalan yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya.

Bagi peperiksaan SPM, kertas soalan untuk tempoh lima hingga 10 tahun masih relevan untuk diguna pakai.

Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan teknik menjawab menggunakan skema peperiksaan untuk memaksimumkan skor.

Pemeriksa akan mengikut beberapa skema pemarkahan sebagai panduan semasa meletakkan markah bagi jawapan yang disediakan.

Bagi subjek penulisan seperti Bahasa Melayu, Inggeris dan Sejarah, terdapat beberapa kata kunci, perkara dan struktur penting dalam menjawab soalan.

Sehubungan itu, bagi mendapatkan lebih banyak tips terbaik, boleh mendaftar di laman berkenaan sementara masih ada kekosongan.

Diskaun sebanyak 10 peratus turut ditawarkan dengan menggunakan kos kupon SPMSABAH10.

Pihak berkenaan boleh menghubungi talian 0356137225 setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 6 petang untuk maklumat lanjut.

Advertisement