Anda di sini

Dua suspek kes bunuh wanita di Sibu diberkas

Advertisement
Stanley ketika ditemui pemberita di lokasi
Stanley bercakap kepada pemberita ketika ditemui pemberita di lokasi, hari ini.

SIBU: Dua suspek ditahan untuk membantu siasatan kes mayat wanita yang dijumpai terbaring di tepi jalan berhampiran sebuah bagasi di Jalan Aman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Tong Sang sekitar 2.30 petang.

"Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua orang suspek yang merupakan kenalan kepada mangsa.

"Kedua-dua suspek didapati positif terlibat dalam kes ini akan direman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika ditemui hari ini.

Suspek diberkas sekitar jam 2.30 petang hari ini.
Suspek diberkas sekitar jam 2.30 petang hari ini.

Stanley berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Heng Mieow Lin, 37, dijumpai orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak hospital sekitar 6.45 pagi. 

Menurutnya, pasukan perubatan Hospital Sibu yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa ketika ditemui. 

Katanya lagi, dua helai tuala turut ditemui berhampiran mayat wanita yang berpakaian berbaju T berwarna kelabu dan seluar panjang tanpa kasut atau selipar.

"Polis percaya mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

Polis menjalankan siasatan di lokasi penangkapan suspek di Jalan Tong Sang, hari ini.
Polis menjalankan siasatan di lokasi penangkapan suspek di Jalan Tong Sang, hari ini.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan yang nyata namun bahagian muka dan leher didapati kehitaman dan ada lebam," jelasnya.

Katanya lagi, polis juga menjumpai dokumen iaitu dua helai kertas dalam tulisan bahasa Cina yang terdapat nama dan nombor kad pengenalan mangsa yang kemungkinan ditulis kepada seorang anaknya.

"Dua nota ditulis dalam bahasa Cina ditemui berhampiran mayat, dengan satu daripadanya dengan nombor MyKad dengan kod negeri '08' dipercayai dari Perak," dedah beliau.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa ada beberapa rekod yang menjurus kepada maklumat dan tertangkapnya dua suspek tersebut.

"Kes diklasifikasikan sebagai bunuh sementara menunggu laporan bedah siasat yang akan ditetapkan tarikh kelak," ujarnya lagi.

  • oleh
  • Advertisement