Anda di sini

Seorang parah, lima cedera nahas tiga kereta di Stapok 

Advertisement
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan.
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan.

KUCHING: Seorang wanita parah dalam satu nahas jalan raya melibatkan tiga kereta di hadapan sebuah sekolah, Stapok, Jalan Batu Kawa pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 6.17 pagi sebelum mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian. 

"Setiba di lokasi kemalangan, Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga kereta. 

"Kemalangan dipercayai berpunca dari sebuah kereta yang hilang kawalan dan berpusing sebelum melibatkan dua kereta yang berada di laluan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya, kemalangan itu mengakibatkan salah seorang wanita terlibat cedera parah.

Tambahnya, bomba bertindak menstabilkan mangsa yang dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan Bomba, dalam keadaan trauma dan parah. 

"Pasukan khas jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba seterusnya menghantar tiga mangsa dari dua kereta terlibat ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

"Tiga lagi mangsa dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke hospital untuk tindakan lanjut," ujarnya. 

Menurut Bomba lagi, kemalangan itu telah mengakibatkan kesesakan teruk trafik di laluan tersebut. 
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, setakat jam 12 tengah hari ini polis belum menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.

  • oleh
  • Advertisement