Anda di sini

Remaja maut, motosikal yang ditunggangi terbabas

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas kejadian.
TERUK: Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk selepas kejadian.

LABUAN: Seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun yang menunggang motosikal dari arah UMSKAL maut terbabas sendiri dekat balai raya Sungai Miri subuh semalam.

Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa berasal dari Kuala Penyu itu bergerak ke arah Layang-Layangan.

"Kemalangan berlaku kira-kira 12.30 pagi 3 Oktober," katanya.
       
Farid menjelaskan siasatan mendapati penunggang berkenaan yang dikenali sebagai Fedelis Michaed hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tayar hiasan tepi kiri jalan.

Menurut Farid, mangsa yang terhumban ke dalam parit kiri jalan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba bersama ambulan.

"Ketika kejadian, keadaan hujan dan jalanraya basah," katanya.

Jelas Farid, mangsa meninggal akibat kecederaan parah pada bahagian kepala lalu dibawa ke Hospital W.P Labuan untuk tujuan bedah siasat.

Farid menasihatkan semua pengguna jalanraya agar tidak memandu laju terutama ketika hujan kerana keadaan jalanraya licin.

Siasatan dijalankan di bawah  Seksyen 41(1) APJ 1987.

  • oleh
  • Advertisement