Anda di sini

Penyanyi Michael Kiwanuka dapat pengiktirafan Hadiah Merkuri UK

Advertisement
MICHAEL KIWANUKA
MICHAEL KIWANUKA

PENYANYI dan juga penulis lagu Michael Kiwanuka memenangi Hadiah Merkuri Britain baru-baru ini, dan menerima hadiah berprestij itu dalam sebuah program TV malam secara langsung, dan bukan di satu majlis yang penuh dengan orang, disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Rekod dengan namanya sebagai tajuk yang dipuji pengkritik menewaskan 11 calon lain, termasuk muzik oleh bintang pop Dua Lipa serta fenomena ‘grime’ Stormzy, untuk memenangi gelaran album terbaik British atau Irish.

“Ini adalah satu-satunya perkara yang saya mahu buat selama ini, jadi untuk memenangi Merkuri adalah umpama satu impian yang menjadi kenyataan – saya amat gembira sekali,” kata penyanyi ‘folk-soul’ itu kepda program ‘One Show’ terbitan BBC sejurus selepas dia dinamakan sebagai pemenang pada 2020.

“Muzik dan kesenian amat bermakna sekali bagi saya, dan ini dalah anugerah yang meraikan itu, jadi saya amat gembira sekali,” tambah artis berusia 33 tahun itu.

Diwujudkan pada 1992 sebagai alternatif kepada Anugerah Brit yang lebih aliran utama, pemenang Hadiah Merkuri pada masa lalu termasuk PJ Harvey, Pulp dan Skepta.

Tahun lepas menyaksikan penyanyi rap yang penuh kebimbangan Dave memenangi hadiah tersebut dalam finale di London yang sarat dengan politik dan turut memaparkan kata kesat yang dilaungkan dari pentas kepada Perdana Menteri Boris Johnson.

Pada kali ini, ketika Britain menjadi negara paling teruk terjejas di Eropah akibat koronavirus dan Johnson mengumumkan sekatan sosial baharu baru-baru ini selepas kes melonjak lagi, pengumuman mengenai hadiah itu adalah sesuatu yang lebih suram.

DJ radio BBC, Annie Mac, seorang daripada 12 hakim, berkata panel yang memilih ‘Kiwanuka’ – album studio ketiga penyanyi-penulis lagu itu – sebulat suara dalam keputusan mereka.

“Saya tidak fikir ada hakim yang pulang dengan rasa tidak puas hati, semua orang merasai perkara yang sama tentang album ini, iaitu ia wajar sama sekali untuk memenangi hadiah itu,” kata Mac ketika dia meng-umumkan pemenang itu.

‘Kiwanuka’, yang dikeluarkan November lalu, telah menerima pujian pengkritik, dan majalah NME menggambarkannya sebagai “eksperimentasi berani” dan menimbulkan “kerja orang hebat seperti Bill Withers dan Gil Scott-Heron”.

Sambil menyelidii tema keraguan diri, kepercayaan dan hak sivil, The Guardian menganggapnya salah sebuah album terbaik sejak sedekad lalu.

Pemuzik kelahiran London iitu, anak kepada ibu bapa dari Uganda dan terkenal dengan muzik ‘folksy symphonic soul’, pernah dicalonkan bagi setiap daripada album-albumnya sebelum ini – ‘Home Again’ pada 2012 dan ‘Love & Hate’ pada 2016.

Kiwanuka berkata rekod ketiga ini adalah hasil pendekatan yang lebih peribadi.

“Saya telah membuat keputusan ketika saya membuat album ini bahawa saya mahu benar-benar menjadi diri saya, menikmatinya dan benar-benar tidak menahan diri dan benar-benar menonjolkan diri,” tambahnya.

Pemenang Hadiah Merkuri membawa pulang £25,000 (RM150,000) dan kemungkinan besar akan menggalakkan orang untuk membeli album mereka, selepas beberapa penerima pada masa lalu menyaksikan jualan mereka melonjak sejurus selepas kemenangan mereka.

Senarai pendek pada tahun ini memaparkan sembilan artis solo dan tiga kumpulan, dengan lebih ramai artis wanita berbanding selama ini.

Di sisi nama-nama yang sudah berjaya, Stormzy (‘Heavy is The Head’) dan Dua Lipa (‘Future Nostalgia’), dua artis baharu Sports Team (‘Deep Down Happy’) dan Moses Boyd (‘Dark Matter’) telah dicalonkan.

Calon lain termasuk Anna Meredith (‘Fibs’), Georgia (‘Seeking Thrills’) dan dua kumpulan, Lanterns on the Lake ,and Porridge Radio. — AFP

Advertisement