Anda di sini

Suami ugut bunuh isteri ditahan

Advertisement
Suspek ditahan di sebuah rumah di Bawang Obor pada Selasa. - Gambar ihsan polis

LIMBANG: Gara-gara lewat pulang ke rumah, seorang lelaki bertindak mengugut untuk membunuh isterinya sambil memegang parang sebelum ditahan di sebuah rumah di Kampung Bawang Obor, di sini pada Selasa.

Suspek yang juga penganggur, 34, dan beralamat dari Kampung Pangkalan Madang itu ditahan jam 4 petang.  

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata polis  turut merampas sebilah parang berserta sarung kayu dan selaras senapang guli buatan sendiri milik suspek.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek pada mulanya bertengkar dengan mangsa kerana mangsa lewat pulang ke rumah pada Isnin.

Parang yang dirampas. - Gambar ihsan polis

“Suspek yang marah mengeluarkan kata ugutan bunuh terhadap mangsa menyebabkan mangsa lari ke rumah jiran untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu suspek dan mangsa yang sudah berkahwin selama 19 tahun dan mempunyai tujuh orang anak.

Jelasnya suspek juga mengaku senapang guli buatan sendiri itu digunakan untuk memburu kelawar di gua berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 36 Akta Senjatapi 1960.

  • oleh
  • Advertisement