Anda di sini

AirAsia hubungkan Kuching dan Langkawi dengan penerbangan tiga kali seminggu

Advertisement
 

KUCHING: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menghubungkan dua destinasi paling popular di Malaysia dengan penerbangan tiga kali seminggu antara Kuching dan Langkawi bermula 13 November ini.

Tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula serendah RM59 sehala dan tersedia untuk tempahan di airasia.com dan melalui aplikasi mudah alih AirAsia. 

Sementara pakej SNAP (penerbangan dan hotel) yang menawarkan penerbangan pergi balik dan penginapan selama tiga hari dua malam di Pelangi Beach Resort Langkawi atau Nadias Hotel Cenang juga boleh didapati daripada RM269 seorang, manakala Tune Hotel - Waterfront Kuching atau Regatta Suites Kuching boleh didapati daripada RM219 seorang, tertakluk terma dan syarat

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Amanda Woo berkata pasaran domestik akan terus menjadi fokus utama pihaknya sementara menunggu sempadan antarabangsa dibuka semula.

"Langkawi adalah salah satu destinasi berprestasi terbaik kami dan salah satu destinasi pantai paling popular di Malaysia. 

"Laluan ini bukan sahaja akan memperluaskan rangkaian domestik kami dan menyediakan hubungan yang lebih baik antara kedua-dua buah bandar, malah kami juga berharap dapat mewujudkan peluang perniagaan seperti hotel, pengendali pelancongan, penyedia perjalanan dan lain-lain dengan memanfaatkan hubungan antara Sarawak dan Langkawi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Para pelancong juga boleh menempah perkhidmatan pengangkutan ke dan dari lapangan terbang atau aktiviti menarik lain di airasia.com (melalui tab 'Aktiviti'). 

Di Kuching, pelancong boleh nikmati perjalanan ke Taman Negara Bako, melawati orang utan di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh atau belajar mengenai budaya pelbagai etnik Sarawak di Kampung Budaya Sarawak. 

Sementara di Langkawi, pelancong boleh nikmati makan malam di atas kapal persiaran sambil melihat matahari terbenam di Laut Andaman atau cabar diri anda dengan aktiviti lasak seperti Zipline, ATV atau jet ski.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

 
Advertisement