Anda di sini

Lelaki mengamuk, libas pengguna jalan raya dengan parang

Advertisement
Suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah yang melibas senjata tajam ke arah pengguna jalan raya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.
Suspek ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

MIRI: Seorang lelaki ditahan selepas dikatakan mengamuk menggunakan senjata tajam di jalan pesisir Miri-Bintulu, berhampiran Kampung Terahad, Bekenu hari ini.

Aksi lelaki itu yang melibas parang ke arah pengguna jalan raya turut dirakam dan tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi 52 saat itu menyaksikan suspek cuba menahan kenderaan dan melibas senjata tajam.

Beberapa kereta dan motosikal turut dilihat berpatah balik kerana bimbang keselamatan mereka terancam.

Difahamkan, lelaki yang dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun berjaya ditahan sebelum dibelasah orang awam.

Suspek disyaki di bawah pengaruh dadah itu diserahkan kepada anggota dari Balai Polis Bekenu, yang bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian sekitar jam 9.50 pagi.

Kes sedang disiasat.

  • oleh
  • Advertisement