Anda di sini

Wanita maut langgar belakang 4WD

Advertisement
Keadaan 4WD dipandu mangsa yang merempuh bahagian belakang sebuah lagi 4WD di Junction 5, Jalan Tun Hussein Onn pada malam Ahad.
Keadaan 4WD dipandu mangsa yang merempuh bahagian belakang sebuah lagi 4WD di Junction 5, Jalan Tun Hussein Onn pada malam Ahad.

BINTULU: Seorang wanita maut setelah pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lagi 4WD di Junction 5, Jalan Tun Hussein Onn pada malam Ahad. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Meretah Beran, 46, beralamat di Batu 36, Jalan Bintulu-Miri.

"Pemandu sebuah lagi 4WD yang dilanggar mangsa dari belakang yang merupakan seorang lelaki berumur 39 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya. 

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan pasukan paramedik Hospital Bintulu ke atas mangsa yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkannya sudah meninggal dunia. 

Menurutnya, maklumat awal yang diterima dari anak mangsa mengesahkan ibunya itu mempunyai rekod penyakit darah tinggi.

"Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya insiden rempuhan itu," ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah Sekyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

  • oleh
  • Advertisement