Anda di sini

Usaha gigih dan kerja keras jentera tidak dilupakan

Advertisement
 Shafie (tengah) dikerumuni penyokongnya sebaik disahkan berjaya mengekalkan kerusi Senallang.
PENYOKONG: Shafie (tengah) dikerumuni penyokongnya sebaik disahkan berjaya mengekalkan kerusi Senallang.

KOTA KINABALU: Kerja keras serta usaha gigih seluruh jentera dan pasukan petugas Parti Warisan Sabah (WARISAN) Plus yang banyak bertungkus-lumus tidak pernah dilupakan dan sentiasa mendapat penghargaan tinggi kepimpinan parti.

Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerja keras semua pihak sejak beberapa bulan lepas adalah demi mempertahankan hak dan maruah rakyat negeri ini.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berkata, kerjasama semua ahli-ahli WARISAN dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), serta Parti Amanah Negara (AMANAH) amat dihargai.

"Sepanjang kita menjelajah ke seluruh negeri, sudah pasti keluhan dan perkara yang dikongsikan oleh rakyat negeri Sabah kekal menjadi pendorong dan semangat saya.

"Malah, ia juga pemberi semangat kepada seluruh barisan kepimpinan dan ahli WARISAN Plus untuk terus bekerja demi memastikan nasib setiap rakyat terus dibela dan dipertahankan," katanya dalam hantaran menerusi akaun rasmi Facebooknya di sini semalam.

Dalam pada itu, keputusan PRN Sabah kali ini sekali lagi membuktikan kekuatan WARISAN Plus dalam mempertahankan kekuasaannya di kawasan pantai timur.

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan lapan kawasan Parlimen di pantai timur, kira-kira 67 peratus iaitu 16 kerusi DUN dimenangi calon WARISAN Plus.

Sejumlah 11 kerusi DUN bagi empat kawasan Parlimen iaitu Batu Sapi, Sandakan, Silam, dan Semporna dikuasai sepenuhnya calon WARISAN Plus.

  • oleh
  • Advertisement