Anda di sini

Suryady bawa suara belia dalam DUN

Advertisement
SURYADY
SURYADY

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy akan membawa suara belia ke dalam DUN untuk pelbagai perancangan masa akan datang.

Beliau berkata, kemenangannya itu merupakan tuntutan rakyat terhadap perubahan yang lebih baik di DUN Tanjung Batu daripada sebelum ini.

"Bagi saya ini merupakan sejarah dalam hidup kerana pertama kali bertanding terus diberi mandat oleh pengundi mewakili mereka dan menjadi satu permulaan yang baik.

"Saya akan laksanakan dengan baik untuk semua pengundi dan rakyat di kawasan berkenaan yang mahukan pembangunan lebih mampan serta mengangkat suara belia," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan turut menjadi keutamaan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh awal lima tahun dari sekarang.

"Hal ini juga merupakan dasar yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) untuk semua rakyat di negara ini dan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Sabah bertepatan untuk pembangunan negeri ini," katanya.

Suryady berkata, walaupun PN menerajui kepimpinan negeri Sabah, namun bagi Parlimen Kalabakan tiga calon PN yang lain kurang bernasib baik dan mungkin agak sukar sedikit untuk kerjasama pembangunan akan datang.

"Bagaimanapun, PN akan sentiasa buat yang terbaik di semua kawasan tidak kira diwakili oleh parti lain untuk memastikan negeri Sabah terus maju.

"Kami berharap rakyat akan terus menerima agenda yang dilaksanakan oleh kerajaan Sabah yang baharu demi memastikan negeri ini tidak terpinggir dalam apa juga pembangunan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement