Anda di sini

Warga kerja PMU diseru terus amal nilai murni, peribadi positif

Advertisement
 Jamaliah (depan, lima kanan), Dullah (depan, enam kiri) merakam kenangan bersama para penerima APC Politeknik Mukah malam kelmarin.
TERUSKAN KECEMERLANGAN: Jamaliah (depan, lima kanan), Dullah (depan, enam kiri) merakam kenangan bersama para penerima APC Politeknik Mukah malam kelmarin.

SIBU: Warga kerja Politeknik Mukah (PMU) diseru untuk terus memberi penekanan peribadi atau ‘character building’ melalui penambahan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni serta ciri-ciri peribadi yang positif termasuk aspek integriti yang tinggi.

Pengarahnya Dullah Muluk berkata, tingkah laku yang utuh dan tahap disi-plin warga kerja PMU yang tinggi dalam melaksanakan tugas amat diharapkan demi menjayakan setiap inisiatif kerajaan.

“Apabila kita bekerja de-ngan cukup rajin, ikhlas dan amanah, kejayaan sudah tentu akan kita perolehi.

“Sebaliknya, apabila diberi tanggungjawab, namun di-abaikan dan tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh, ini sudah tentunya memerlukan kita untuk membuat pembaharuan yang berterusan agar kita sentiasa responsif, relevan dan berkesan dalam memenuhi permintaan dan harapan PMU,” ujarnya.

Berucap pada Majlis Anu-gerah Perkhidmatan (APC) 2019 PMU malam kelmarin, Dullah berkata APC merupakan langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan pe-nyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya pada agensi itu sendiri.

“Penganugerahan ini bukan hanya sebagai dorongan dan pengiktirafan kepada anggota yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan atau telah menghasilkan prestasi kerja cemerlang semata-mata.

“Kecemerlangan ini boleh dijadikan sebagai pengukur bahawa warga kerja PMU telah berjaya menunaikan amanah dan tanggung-                    jawab secara proaktif dan berkesan dalam menjayakan proses transformasi negara,” ujarnya.

Seramai 24 warga kerja PMU menerima anugerah yang disampaikan oleh Pe-ngarah Politeknik Kuching, Jamaliah Ahmad mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti TS Dr Muhammad Naim Yaakub.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMU Iskandar Reduan.

Advertisement