Anda di sini

Konflik dan COVID-19 risikokan kesihatan wanita, kanak-kanak

Advertisement
 Pegawai kesihatan mengambil sampel kesatan daripada seorang bayi yang dipangku oleh ibunya di pusat saringan COVID-19 di Allahabad, India pada 21 September lepas. Wabak COVID-19 menimbulkan ancaman khususnya ke atas kesihatan dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak, menurut laporan PBB semalam. — Gambar AFP
PALING BERISIKO: Pegawai kesihatan mengambil sampel kesatan daripada seorang bayi yang dipangku oleh ibunya di pusat saringan COVID-19 di Allahabad, India pada 21 September lepas. Wabak COVID-19 menimbulkan ancaman khususnya ke atas kesihatan dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak, menurut laporan PBB semalam. — Gambar AFP

ANKARA: Konflik wilayah dan COVID-19 menimbulkan ancaman ke atas kesihatan dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak yang mungkin mengakibatkan perkembangannya sejak sedekad lalu terhenti, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Sejak pelancaran gerakan Every Woman Every Child pada 2010 oleh bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun mencapai tahap te-rendah sepanjang tahun pada 2019, dengan lebih daripada satu bilion vaksin dan 25 juta perkahwinan kanak-kanak dapat dicegah dalam 10 tahun terakhir.

Agensi Anadolu (AA) me-laporkan gerakan itu juga membolehkan imunisasi yang meluas, kewujudan pembantu kelahiran terlatih dan akses air minuman yang selamat, manakala kematian ibu bersalin menurun 35 peratus sejak 2000.

Bagaimanapun, semua pencapaian itu mungkin terhenti dan kesihatan kanak-kanak dan remaja terdedah kepada risiko disebabkan konflik dan krisis kesihatan paling teruk di atas muka bumi yang dihadapi generasi sekarang.

“Krisis COVID-19, khususnya, memburukkan lagi ketidaksamaan yang sedia ada, dengan dilaporkan wujudnya campur tangan dalam ketidakseimbangan keperluan kesihatan yang memberi kesan ke atas wanita dan kanak-kanak yang paling berisiko,” kata AA mengutip laporan itu.

Ketika kemuncak sekatan pergerakan akibat virus global, penutupan sekolah di 192 negara mempengaruhi 1.6 bilion pelajar, manakala keganasan rumah tangga dan penganiayaan terhadap gadis dan wanita meningkat, ditambah peningkatan kemiskinan dan kelaparan, kata laporan itu.

“Bahkan sebelum pandemik COVID-19, seorang kanak-kanak di bawah lima tahun meninggal setiap enam saat di kawasan tertentu di seluruh dunia,” kata Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore dalam laporan itu.

“Jutaan kanak-kanak yang tinggal di zon konflik dan genting berhadapan kesulitan yang lebih besar dengan bermulanya pandemik.”

Pada 2019, 82 peratus kematian kanak-kanak di bawah lima tahun dan 86 peratus kematian ibu ber-salin tertumpu di pinggir Sahara Afrika dan Asia Selatan, menurut kajian itu.

Kadar kematian ibu bersalin, bayi yang dilahirkan, kanak-kanak dan remaja jauh lebih tinggi di negara-negara yang terjejas teruk disebabkan konflik.

Muhammad Ali Pate, ketua global untuk kesihatan, pemakanan dan kependudukan di Kumpulan Bank Dunia, mengingatkan selain konflik, pandemik itu juga, “sebagai ancaman yang akan mengundurkan kembali  pencapaian bertahun-tahun yang telah diusahakan dalam perkembangan kesihatan reproduktif, kehamilan, kanak-kanak dan remaja.”

Laporan itu menyeru  ma-syarakat dunia untuk me-merangi COVID-19 dan me-minta komitmen daripada pemimpin dan organisasi untuk meningkatkan kehidupan wanita dan kanak-kanak, lapor AA.

Ia menekankan kekura-ngan usaha yang lebih kuat boleh menyebabkan 48 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mati antara tahun 2020 dan 2030, dengan hampir separuh daripadanya adalah bayi yang baharu dilahirkan.

Tahun lalu, seramai 5.2 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan satu juta remaja meninggal dunia kerana sebab-sebab yang sebenarnya boleh dicegah.

Di samping itu, bayi yang baharu lahir mati setiap 13 saat, manakala pada setiap jam, 33 wanita tidak dapat diselamatkan ketika melahirkan anak dan setiap hari, 33,000 kanak-kanak pe-rempuan dipaksa berkahwin, biasanya dengan lelaki yang lebih tua, menurut PBB. — Bernama

Advertisement