Anda di sini

Pelabur asing yakin kerajaan WARISAN Plus

Advertisement
 Lakaran grafik projek pembangunan komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi.
LAMBANG KEMAJUAN: Lakaran grafik projek pembangunan komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi.

...  Industri pelancongan Sabah semakin rancak berkembang pesat sejak dua tahun lalu

SABAH Negeri Di Bawah Bayu merupakan negeri yang kedua terbesar dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia dan terletak di utara kepulauan Borneo menurut peta dunia.

Pulau yang ketiga terbesar di dunia ini meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan panjang sepanjang 14,400 kilometer. Sabah dikelilingi Laut China Selatan yang terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Sulawesi di bahagian Selatan.

 Shafie (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Jamalul (dua kiri) dan wakil TBSB Jerrand Lim Jen Jiang (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain pada majlis berkenaan.
METERAI: Shafie (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Jamalul (dua kiri) dan wakil TBSB Jerrand Lim Jen Jiang (dua kanan) bersama tetamu kehormat lain pada majlis berkenaan.

Salah satu pemangkin kepada sektor pelancongan negeri ini juga apabila mempunyai 40 buah pulau, yang mana sekaligus menjana kepada hasil pendapatan negara.

Menyedari sumber dan kekayaan keindahan di Sabah, bertepatanlah langkah Parti Warisan Sabah (WARISAN) berusaha untuk memacukan pertumbuhan pembangunan pelancongan di negeri ini sejak dua tahun lalu memegang pucuk pemerintahan negeri.

Pelbagai projek dilaksanakan sejak awal kerajaan mengambil alih teraju pemerintahan. Pada 2 Mei 2019, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal merasmikan pelaksanaan projek KK Resort City di kawasan tanah seluas 325 ekar di Lok Kawi, Papar, dan ianya yang pertama seumpamanya di kawasan timur Malaysia.

 Lakaran grafik projek pembangunan komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi.
LAMBANG KEMAJUAN: Lakaran grafik projek pembangunan komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi.

Pelaksanaan projek ini dikendalikan oleh KTS Group menerusi anak syarikatnya Sunduvon Corporation Sdn Bhd bakal mengubah landskap pembangunan pesisir pantai Lok Kawi sebagai destinasi pelancongan yang moden.

Kerajaan pimpinan WARISAN melihat baik usaha membangunkan persisiran pantai terbabit kerana ianya bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Menurut Shafie, KK Resort City menjadi salah satu projek pembangunan yang mampu memberikan impak besar dalam memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dalam dan luar negera.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria
PENGARAH YAYASAN SABAH: Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria
 Lakaran grafik KK Resort City seluas 325 ekar yang ditambak di Lok Kawi adalah kawasan pelancongan dan kediaman.
MERCU TANDA BAHARU: Lakaran grafik KK Resort City seluas 325 ekar yang ditambak di Lok Kawi adalah kawasan pelancongan dan kediaman.

“Sabah hari ini sudah mengalami peningkatan kehadiran pelancongan mencecah lebih tiga juta dan ini satu gambaran yang memaparkan perlu menyediakan prasarana mencukupi.

“Kemudahan ini perlu dipenuhi seiring apa yang dikehendaki pelancong yang datang ke Sabah khususnya Kota Kinabalu, kerana kita tahu produk pelancongan di negeri ini sudah cukup banyak, cuma dari segi penginapan masih tidak mencukupi,” katanya ketika menyempurnakan majlis pecah tanah tapak projek KK Resort City.

Projek ini juga mendapat sambutan daripada penduduk sekitar kawasan terbabit kerana memberikan lonjakan ekonomi kepada mereka dari segi membuka peluang pekerjaan dalam industri pelancongan.

 Susunan atur Club Med Borneo Kota Kinabalu menelan belanja sebanyak RM400 juta.
CLUB MED: Susunan atur Club Med Borneo Kota Kinabalu menelan belanja sebanyak RM400 juta.

Pelaksanaan pembangunan komersial di Kampung Meruntum Lok Kawi

Walaupun sekarang ini dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang mana memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara, usaha Mohd Shafie melalui kerajaan WARISAN tetap beriktihar untuk membantu memulihkan pembangunan pelancongan negeri ini.

Usaha ini jelas terbukti apabila satu pelaburan terbesar pernah diterima oleh kerajaan baharu Sabah, iaitu pelaksanaan pembangunan komersial campur bernilai RM7 bilion akan dibina di Kampung Meruntum Lok Kawi, di pinggir bandaraya Kota Kinabalu.

Pembangunan ini adalah usahasama antara Tegas Bangsa Sdn Bhd (TBSB) dan Yayasan Sabah (YS).

 Lakaran projek Grand Liberty Hotel yang dibina di pesisiran pantai.
DESTINASI BAHARU: Lakaran projek Grand Liberty Hotel yang dibina di pesisiran pantai.

Shafie berkata, pembangunan campur ini terdiri daripada resort, hotel, dan taman tema dan dijangkakan tempoh masa pembinaan adalah di antara 12 tahun hingga 15 tahun.

“Usahasama dilakukan disebabkan tanah yang berkeluasan 391 ekar ini dimiliki Yayasan Sabah,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama antara Yayasan Sabah dan Tegas Bangsa (Pavilion Group).

Menurutnya, lokasi strategik berhampiran lautan serta pulau-pulau di sekitarnya mampu menjadi daya tarikan para pelabur asing dalam dan luar negara serta para pelancong.

Beliau juga menaruh keyakinannya setelah negeri ini beransur pulih akibat  pandemik COVID-19, pembangunan komersial campur terbabit akan menjadi daya tarikan kepada para pelabur dan langkah terbabit dibuat pada waktu yang sangat tempat.

"YS mempunyai nilai tanah berjumlah RM200 juta lebih dan boleh mendapat pulangan sebanyak RM800 juta lebih.

"Oleh itu, usahasama ini sangat menggalakkan, saya tahu kebolehan syarikat ini mempunyai keupayaan serta kekukuhan kewangan. Mereka banyak membina pembangunan dalam dan luar negara," katanya.

Dengan adanya pembangunan dan industri berteraskan pelancongan ini, Shafie menyatakan ianya mampu memberikan harapan kepada kontraktor-kontraktor kecil untuk memberikan sumbangan mereka untuk meralisasikan projek terbabit.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria berkata, projek pembangunan bernilai RM7 bilion di Meruntum itu dimeterai di antara Yayasan Sabah dengan anak syarikat Pavillion Real Estate Investment Trust, iaitu Tegas Bangsa Sdn Bhd (Tegas Bangsa).

Katanya, pembangunan itu juga membuktikan bahawa Yayasan Sabah kini tidak lagi fokus kepada menjual balak semata-mata, sebaliknya sejak WARISAN memerintah, agensi itu kini mula beralih kepada pembangunan hartanah untuk menjana hasil dan membangunkan negeri.

Jamalul juga berkata, sebelum ini, Yayasan Sabah turut memeterai perjanjian pembangunan di Waterfront, Kota Kinabalu bernilai RM350 juta.

Sementara itu, mengulas tentang perjanjian dengan Tegas Bangsa untuk membangunkan tanah agensi itu di Meruntum Lok Kawi, katanya, Yayasan Sabah telah lama mencari pelabur untuk masuk ke kawasan itu.

  Lakaran grafik projek Hyatt Centric Kota Kinabalu.
HOTEL MODEN: Lakaran grafik projek Hyatt Centric Kota Kinabalu.

“Kita telah mencuba mencari lebih ramai pemaju untuk membangunkan kawasan itu sejak dulu dan berjaya mendapatkan satu syarikat tempatan iaitu Pavillion, projek ini kita akan adakan pembangunan bercampur ada taman tema, kondominium, kompleks beli-belah dan pejabat," katanya.


Projek Resort Club Med Borneo

Dibawa pimpinan WARISAN, satu lagi projek yang merancakkan industri pelancongan di Sabah, iaitu Projek resort Club Med yang terletak di atas tanah seluas 40 ekar di Kampung Tanjung Aru, Kuala Penyu.

Pembangunan yang menelan belanja sebanyak RM400 juta ini adalah tempat peranginan kedua Club Med di Malaysia dan di namakan Club Med Borneo Kota Kinabalu, dan menjadi resort pantai yang mempunyai BREEAM ( Building Research Establishment Environmental Assessment Method) berskala besar pertama di Asia Pasifik.

Resort ini adalah projek kolaborasi antara Club Med dan pemilik Golden Sands Beach Resort City Sdn.Bd. Pelan ini dijadualkan selesai pada tahun 2022 yang akan menawarkan sebanyak 400 bilik pelbagai kategori termasuk suite mewa untuk Club Med Exclusive Collection Space.

Majlis pecah tanah disempurnakan oleh Shafie di Kuala Penyu pada 25 November tahun lalu.


Grand Liberty Hotel

Tambahan lain untuk industri perhotelan adalah Grand Liberty Hotel yang terletak di sebelah Sutera Avenue di ibu kota. Hotel ini dianggarkan mempunyai keluasan 200,000 kaki persegi dan 13 tingkat, serta menyediakan sebanyak 301 buah bilik standard empat bintang.

Pelaburan oleh grand Liberty Sdn Bhd ini bernilai RM120 juta dan dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, gimnasium, kolam renang atas bumbung dan bilik mesyuarat.

Semasa upacara pecah tanah pada Ogos tahun lalu, Shafie mengatakan pemerintah negeri komited untuk mempercepatkan pengeluaran lesen kepada para pelabur dan persetujuan rancangan pembangunan dalam usaha meningkatkan peluang perniagaan dan pekerjaan dalam sektor pelancongan Sabah.

Dalam ucapannya juga, beliau menyatakan telah memberikan arahan kepada semua agensi terlibat dalam memberikan persetujuan, baik untuk rancangan pembangunan dan pelbagai hal lagi supaya dipercepatkan dan para pelabur dan pengusaha tidak dibebani dengan kelewatan atau penangguhan.


Hyatt Centric Kota Kinabalu

Sementara itu, Hap Seng Consolidated Berhad (Hap Seng ) menceburkan diri dalam pembangunan hotel pertamanya dengan Hyatt Centric Kota Kinabalu, yang terletak tepat di tengah-tengah bandar.

 Shafie (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas majlis pecah tanah projek Hyatt Centric Kota Kinabalu.
KENANGAN: Shafie (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas majlis pecah tanah projek Hyatt Centric Kota Kinabalu.

Hotel yang dijangkakan mula beroperasi pada tahun depan 2021 mempunyai 22 tingkat dan menyediakan kemudahan bilik sebanyak 220 bilik, selain restoran, ruang pertemuan, gymnasium, kolam renang di atas bumbung dilengkapi bar dengan pemandangan Laut Cina Selatan.

Ketika Shafie merasmikan upacara pecah tanah hotel yang bernilai RM220 juta pada 5 Mei tahun lalu, beliau mengatakan bahawa minat rakyat Malaysia untuk melabur di Sabah menunjukkan mereka mempunyai keyakinan terhadap kerajaan pimpinan parti WARISAN Sabah.

  • oleh
  • Advertisement