Anda di sini

Sambutan rakyat terhadap Usno menggalakkan

Advertisement
AZAHARI AMIT
AZAHARI AMIT

KOTA KINABALU:  Sambutan rakyat terhadap kebangkitan Usno di kancah politik negeri ini amat menggalakkan khususnya  apabila parti itu meletakkan calon di 47 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-16.

Di beberapa kawasan DUN yang sempat ditinjau, Usno yang menggunakan slogan 'Bertawakal Melangkah Bersama Usno' berjaya membangkitkan semangat rakyat untuk kembali berjuang bersama parti keramat itu.

 

“Alhamdulillah, sambutan di peringkat awal amat memberangsangkan,” kata Hafeezatul Halimah Haji Mohammad, calon Usno N72 Merotai.

“Ramai yang terkejut dan berasa gembira  dengan kebangkitan parti Usno , parti yang memerdekakan  Sabah dan seterusnya menyokong penuh perjuangan Usno, katanya yang juga mantan guru dan pernah menjadi Setiausaha Kerja Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sabah.

“Selain generasi tua yang tahu perjuangan Usno,  generasi belia juga mulai membuka mata mengenai parti ini,” katanya yang juga cucu kepada pejuang Usno Tawau, Allahyarham  Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid.

HAFEEZATUL HALIMAH
HAFEEZATUL HALIMAH

Hafeezatul Halimah akan berdepan dengan  Shim Nyat Yun dari Parti Liberal Demokratik (LDP), Sarifuddin Hata dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Abdulllah Palile (Parti Cinta Sabah), Mohamad Jalani Vhachu dari Perikatan Nasional (PN) dan Liew Yun Fah dari Parti Harapan Rakyat (HR).

Di DUN N06 Bandau,  Calon Usno, Azahari Amit, seorang  aktivis masyarakat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat di Bandau.

Azahari adalah satu-satunya calon dari suku Bajau, yang bertanding di kawasan Bandau yang majoritinya terdiri dari masyarakat Bajau yang bekerja sebagai nelayan dan petani.

Beliau yakin mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat di Bandau melalui parti yang diasaskan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun yang kini diteruskan oleh Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia selaku Ketua Umum Usno.

“Kami berjuang untuk mengembalikan semangat perjuangan Usno dalam membela dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Azahari akan berdepan dengan Majamis Timbong (Parti Warisan Sabah), Webley Disim (Parti Cinta Sabah), Delly Surag @ Tolok (Bebas), Rapahel Biun (Parti Liberal Demokratik), Datuk Wetrom Bahanda (Perikatan Nasional (PN).

SUHAIMI
SUHAIMI

Sementara itu, calon Usno N49 Labuk, Sh Suhaimi Sh Miasin berkata, di sebalik segala kekurangan, rakyat terus memberikan sokongan kepada Usno.

Pertandingan memang sengit tetapi rakyat mula tertarik dengan manifesto Pilihanraya Usno dalam PRN kali ini yang bertemakan Rundingan Baru.

Sh Suhaimi, lulusan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar Mesir adalah aktivis NGO dan bergiat sebagai Yang Dipertua ABIM Daerah Beluran.

Beliau yakin Usno berpotensi untuk memenangi kawasan Labuk tetapi tetap bertawakal kerana pihak lain memiliki kelebihan khususnya dalam soal kewangan.

“Kita terus menggerakkan jentera, memperhebatkan kempen dari rumah ke rumah untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya.

Sh Suhaimi akan bersaing dengan Dennis T Rantau (UPKO), Samad Jambri (Perikatan Nasional), Abdul Rahman Kongkawang (Bebas) dan Fidelis K Michael (PCS).

  • oleh
  • Advertisement