Anda di sini

Sabah sukar bangkit jika tidak selari Persekutuan: PM

Advertisement
MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

BELURAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Sabah sepatutnya sehaluan dengan kerajaan Persekutuan ketika COVID-19 masih berlaku agar usaha membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik itu lebih mudah dilaksanakan.

Beliau menjelaskan sukar bagi negara ini atau Sabah bangkit semula dan berada di atas landasan betul jika tiada kesatuan pemikiran dan haluan sama.

"Sewajarnya dalam keadaan sukar ini, kita perlu gabungan kekuatan antara kerajaan Persekutuan dan negeri. Kalaulah sehaluan, sekapal, sehati, sejiwa dengan saya, pastinya rakyat Sabah lebih terbela, itu logiknya.

"Bukan jika tak sehaluan saya tidak bantu, itu zalim namanya. Kalau ada gabungan kerjasama, muafakat dan bersama-sama berjuang, alangkah mudahnya kita usahakan membantu rakyat supaya mereka tidak terkesan teruk dengan COVID-19," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri di Tapak Pasar Tamu Pekan Beluran, pagi semalam.
 
Kelmarin, Muhyiddin mengumumkan tambahan peruntukan RM10 bilion untuk program Kita Prihatin kerana PN adalah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat terutamanya luar bandar sebahagian besar petani dan peladang.

"Apa yang WARISAN (Parti Warisan Sabah) buat? Saya pergi banyak tempat ada umum tapi tidak terima lagi duit," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk Samad Jambri.

  • oleh
  • Advertisement