Anda di sini

Petani disaran terokai teknologi pertanian moden

Advertisement
 Muhyiddin menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
BERUCAP: Muhyiddin menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

... Bagi pastikan setiap sumber digunakan dengan optimum, kata Muhyiddin

BELURAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu petani di Beluran menjadi pelopor teknologi pertanian moden bagi setiap proses pertanian bagi memastikan setiap sumber digunakan dengan optimum.

Beliau berkata, ini bermakna sumber-sumber (teknologi) yang digunakan termasuklah GPS, sensor, dron, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

"Ini akan tingkatkan hasil pertanian melalui teknologi pertanian tepat," katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri di Tapak Pasar Tamu Pekan Beluran, pagi semalam.

 

Beliau mahu melihat petani, peladang dan pekebun kecil di sini berjaya dengan menjadi petani moden.

"Masa saya menjadi Menteri Pertanian, hasil pertanian bagus dan bertambah...apa lagi keadaan sekarang dengan penggunaan teknologi moden," jelasnya.

Muhyiddin sedar tentang masalah rakyat di negara ini terutamanya yang tinggal di pedalaman dan luar bandar yang sebahagian besar petani, nelayan, peladang, pekebun kecil yang terlibat dalam pengeluaran bahan makanan.

"Mereka masih hidup dalam keadaan susah berada dalam sebahagian besar B40 hidup miskin dan memerlukan bantuan dari kerajaan," katanya.

Beliau sendiri datang dari kampung di Muar, Johor yang mana ayahnya cuma seorang guru agama bekerja sendiri dengan menjelajah surau dan masjid untuk mendidik orang beragama Islam tentang agama.

"Saya tahu keperitan hidup di kampung sebab itu bila saya diangkat sebagai PM, saya tidak lupa masyarakat pedalaman dan luar bandar.

"Itulah kerajaan hari ini dibawa Perikatan Nasional (PN) merupakan sebuah Kerajaan Prihatin," jelasnya.    

Muhyiddin memberitahu semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) beliau bertindak cepat untuk membantu rakyat supaya mereka boleh mencari kehidupan dan meneruskan peniagaan.

"Semalam (Rabu) kita umum inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin berjumlah RM10 billion dalam usaha meringankan beban rakyat," katanya.

 Muhyiddin bersama Ronald dan Samad bergambar dengan rakyat yang hadir.
KENANGAN: Muhyiddin bersama Ronald dan Samad bergambar dengan rakyat yang hadir.

Beliau berkata, kerajaan juga menyediakan satu lagi tambahan untuk membantu rakyat di bawah sebahagian besar adalah petani dan peladang dengan bantuan tambahan sejumlah RM1,000, RM600 dan RM300 untuk bujang untuk mereka menyara keluarga.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk Samad Jambri.

  • oleh
  • Advertisement