Anda di sini

Malaysia Airlines Domestic Fair tawar diskaun sehingga 20 peratus

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus untuk semua penerbangan domestik menerusi kempen Malaysia Airlines Domestic Fair (MADF) 2020 yang berlansung pada 23 September hingga 30 September 2020.

Menerusi kempen itu, pelanggan yang membeli tiket melalui laman web rasmi atau aplikasi Malaysia Airlines akan dapat menikmati potongan harga ini untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2021.

Menariknya, bagi pelanggan yang menempah tiket penerbangan menggunakan aplikasi Malaysia Airlines, mereka akan layak mendapat diskaun tambahan sebanyak 5 peratus.

Selain itu, bagi pelanggan yang membayar menggunakan kad CIMB juga dapat menikmati diskaun tambahan 5 peratus apabila mereka membuat pembelian tiket yang dibuat melalui laman web rasmi syarikat penerbangan.

Pada masa sama, pemegang kad boleh memilih Pelan Ansuran Mudah Bayaran CIMB 0% dengan memasukkan kod promo (MH20CIMB5), juga tersedia di laman web Malaysia Airlines.

Pelan ini membolehkan penumpang ke skim pembayaran fleksibel secara ansuran dengan faedah 0%, sehingga 12 bulan. Sebagai tambahan, pemegang kad kredit CIMB Enrich akan memperoleh sehingga 1,000 Enrich Miles dengan minimum tempahan RM500.

Advertisement