Anda di sini

Liga Limbang 2020 buka tirai dengan Liga Belia Okt ini

Advertisement
 Frederick (dua kanan), Bulhaji (dua kiri) dan jawatankuasa LFA pada mesyuarat.
BINCANG: Frederick (dua kanan), Bulhaji (dua kiri) dan jawatankuasa LFA pada mesyuarat.

LIMBANG: Liga Limbang 2020 anjuran Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) akan membuka tirainya dengan penganjuran Liga Belia  yang akan diadakan bermula Oktober ini.

Timbalan Presiden LFA Frederick Lalung berkata, penyertaan untuk Liga Belia hanya terhad kepada pasuka nbelia di daerah Limbang berikutan pandemik COVID-19.

Jelas beliau, setakat ini pihaknya belum mempunyai senarai pasukan yang akan beraksi.

“Liga Belia akan bermula pada Oktober ini yang menyaksikan Kompleks Sukan Limbang sebagai venue tetap kejohanan dan perlawanan akan dijalankan mengikut garis panduan ( SOP) yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang,” katanya pada mesyuarat Liga Belia di sini, semalam.

Turut sama ialah Naib Presiden LFA Bulhaji Wahab dan jawatankuasa tertinggi LFA lain.

Liga Belia jelas Frederick, merupakan platform terbaik untuk melahirkan bakat pemain untuk diketengahkan di peringkat tinggi sejajar dengan Limbang yang tersenarai antara pasukan terbaik di Sarawak.

Bagaimanapun katanya, Liga Veteran yang tertangguh sejak Mac tahun ini akibat pandemik COVID-19 terpaksa dibatalkan kerana melibatkan pemain serta pasukan daripada negara Brunei, Sabah dan seluruh Sarawak.

Pada mesyuarat itu juga, mereka mengemukakan cadangan untuk menganjurkan Futsal Tertutup Limbang dan Piala Zon Utara (Miri, Limbang dan Lawas), justeru akan memohon kelulusan daripada presiden LFA yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Advertisement