Anda di sini

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa bubar parlimen mengarut: Anthony

Advertisement
 Anthony (kanan), Justin (tengah) dan Chan ketika mengadakan sidang media, di sini.
SOKONG: Anthony (kanan), Justin (tengah) dan Chan ketika mengadakan sidang media, di sini.

TAWAU: Kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa untuk meminta Yang di-Pertuan Agung (YDPA) membubarkan Parlimen dianggap mengarut dan tidak masuk akal.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke berkata, tindakannya itu seolah-olah BN masih di kem pembangkang dan menentang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sepatutnya beliau boleh terus bertanya kepada Perdana Menteri kerana mereka berada di dalam kem kerajaan yang sama tidak perlu membuat kenyataan secara terbuka," katanya.

 Anthony (kanan), Justin (tengah) dan Chan ketika mengadakan sidang media, di sini.
SOKONG: Anthony (kanan), Justin (tengah) dan Chan ketika mengadakan sidang media, di sini.

Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama calon WARISAN Plus Justin Wong yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, di sini semalam.

Terdahulu, Annuar Musa mengeluarkan kenyataan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) adalah langkah terbaik untuk mengembalikan mandat
kerajaan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Anthony turut memuji strategi kempen yang dilaksanakan oleh Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kerana membawa mesej yang jelas dan efektif.

 

"Saya berharap rakyat Sabah memberi mandat kepada WARISAN Plus mentadbir negeri ini kerana jika membentuk kerajaan hanya satu sahaja pilihan Ketua Menteri berbanding pihak lawan yang masih tidak jelas," katanya.

Sementara itu, Justin menyeru kepada para pengundi yang masih dikuanrantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID- 19 dan telah disahkan negatif supaya turun mengundi pada PRN 26 September ini.

"Mereka boleh mewakilkan keluarga untuk mengambil borang kebenaran di Pejabat Kesihatan Tawau dan juga boleh turun mengundi kerana difahamkan terdapat bilik khas disediakan untuk mereka.

"Sekiranya pengundi ingin mendapatkan khidmat nasihat berhubung dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika mengundi boleh terus menghubungi kami di pejabat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement