Anda di sini

KDCA minta pemastautin Labuan kawal pergerakan balik mengundi

Advertisement
JEROME
JEROME

LABUAN: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Wilayah Persekutuan Labuan meminta pemastautin di pulau ini yang merancang balik mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept agar meneliti nasihat Jabatan Kesihatan untuk mengelak jangkitan COVID-19.

Setiausaha KDCA Labuan Jerome Mijin berkata, pertambahan mendadak kes COVID-19 di Sabah khususnya di kawasan pantai timur amat membimbangkan dan memerlukan pergerakan menyeberang pergi dan balik yang terkawal.

"Kita tidak mahu perjalanan ke tanah besar Sabah bakal menimbulkan kes baharu apabila balik ke Labuan," katanya.

 

Jerome menegaskan, Labuan sehingga kini masih mencatatkan kes sifar COVID-19 dan status Zon Hijau yang ada sekarang haruslah dipertahankan.

Menurutnya, meskipun hebahan berita menunjukkan kes serius penularan adalah di pantai timur, namun kemungkinan penularan ke pelbagai kawasan lain tetap ada kerana pergerakan rentas sempadan masih berlaku.

Katanya, pelaksanaan hak mengundi dan penjagaan penularan COVID-19 merupakan dua perkara yang sama penting, akan tetapi kes penularan adalah melibatkan kesihatan dan keselamatan nyawa.

  • oleh
  • Advertisement