Anda di sini

Hari Pelanggan Bersama Warga Kerja PMU dianjurkan dengan jayanya

Advertisement
 Warga PMU dalam satu sesi fotografi selesai Hari Pelanggan.
BERJAYA: Warga PMU dalam satu sesi fotografi selesai Hari Pelanggan.

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) telah berjaya meng-anjurkan Hari Pelanggan Bersama Warga Kerja PMU baru-baru ini.

Program sehari suntuk itu merupakan anjuran Unit Sokongan Akadenik PMU.

Menurut Pengarah PMU Dullah Muluk, program yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi peluang kepada warga kerja PMU mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan berkaitan perkhidmatan, hal gaji, hal cuti serta lain-lain secara langsung kepada pegawai bertugas.

“Ia juga memberi ruang kepada pelanggan menge-tahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta mengeratkan hubungan di antara pihak sokongan dengan pengurusan dengan semua warga kerja PMU,” katanya berucap ketika majlis perasmian di Dewan Serba Guna Politeknik Mukah baru-baru ini.

Program sehari itu juga adalah sebagai perintis kepada pihak PMU dan akan menjadikannya terbuka kepada orang luar pada masa akan datang.

Di samping itu, ia turut dijadikan medan maklum balas pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian perkhidmatan pentadbiran di PMU sekali gus sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah pe-ningkatan imej PMU.

Katanya, pelbagai unit dijemput untuk turut serta termasuk Unit Khidmat Pengurusan, Unit Bahagian Kewangan dan Akaun, Unit Pengurusan Aset, Unit Pusat Sumber, Unit Komunikasi dan Korporat serta unit-unit lain yang sedia membantu.

Sebanyak tiga agensi luar turut dijemput untuk menjayakan program iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tabung Haji dan Baitulmal Cawangan Mukah.

Kerjasama daripada agensi ini penting kepada warga kerja PMU kerana dapat menyemak serta berpeluang bertanya tentang pinjaman pendidikan terutama bagi  pelajar yang mengikuti pe-ngajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sekali gus bakal membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

Tabung Haji dan Baitulmal pula dapat membantu membuat semakan hal simpanan, bantuan dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Pengarah Akademik PMU Mohd Sani Said, Timbalan Pengarah Akademik Sokongan PMU Iskandar Reduan dan ketua-ketua jabatan.

Advertisement