Anda di sini

Gelanggang takraw Piasau Utara dinaik taraf menjadi padang futsal

Advertisement
 Ting (dua kiri) bersama Yii (dua kanan) mendengar penerangan daripada jurutera MBM tentang projek menaik taraf gelanggang sepak takraw Kampung Piasau Utara semalam.
NAIK TARAF: Ting (dua kiri) bersama Yii (dua kanan) mendengar penerangan daripada jurutera MBM tentang projek menaik taraf gelanggang sepak takraw Kampung Piasau Utara semalam.

MIRI: Gelanggang sepak takraw Piasau Utara akan dinaik taraf kepada padang futsal dengan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM53,000.

Menteri Muda Pelanco-ngan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, sebelum ini timbul isu tanah rizab Sarawak Energy Berhad (SEB) hingga projek berke-naan terhenti.

“Kita telah berhubung dengan SEB berkenaan status tanah ini dan mereka telah menjelaskan tidak akan menggunakan tanah rizab berkenaan sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 tahun.

“Sehubungan itu, kita mencapai persetujuan untuk menaik taraf kemudahan padang futsal berjumlah RM53,000 untuk kemudahan penduduk terutama belia,” katanya semasa mengadakan lawatan RTP ke Piasau Utara di sini, semalam.

Menurutnya, ketika ini sukan futsal lebih popular berbanding sepak takraw, sehubungan itu penduduk di sini mahukan gelanggang itu dijadikan padang futsal.

Dalam satu lagi lawatannya, Ting berkata Balai Raya Kampung Pulo Melayu akan memiliki kemudahan tandas standard bernilai RM50,000.

Kemudahan tandas awam itu katanya, bukan hanya dapat digunakan oleh penduduk kampung berdekatan malah orang luar yang melawat kampung berkenaan.

“Kerajaan juga meluluskan peruntukan RTP tahun ini berjumlah RM50,000 untuk membina tandas berhampiran Balai Raya Kampung Pulo Melayu,” jelasnya.

Ting memberitahu, kedua-dua projek RTP itu akan dilaksanakan kontraktor yang dilantik selama dua bulan bermula 28 September hingga 27 November.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Adam Yii, jurutera Majlis Bandaraya Miri, kontraktor dan wakil penduduk kampung.

Advertisement