Anda di sini

Ellen DeGeneres minta maaf kepada peminat

Advertisement

ELLEN DeGeneres pada Isnin lepas membuka musim ke-18 bagi siri bual bicaranya yang telah diselubungi kontroversi selama berbulan-bulan dengan permohonan maaf umum yang menangani dakwaan tentang budaya toksik di tempat kerja di bawah pengawasannya.

Ia merupakan kali pertama bintang televisyen waktu siang di Amerika Syarikat itu secara terbuka menangani kontroversi yang menyelubunginya, selepas BuzzFeed News menerbitkan satu laporan pada musim panas yang memperincikan budaya ketakutan di kalangan pekerjanya termasuk tuduhan salah laku seksual, perkauman dan intimidasi oleh pengurusan siri itu.

Laporan hangat itu menyusuli khabar angin dan paparan anekdot dalam media sosial bahawa ia adalah sukar untuk bekerja dengan DeGeneres, yang tidak begitu baik seperti apa yang digambarkan oleh programnya yang ceria dan menyenangkan hati.

“Saya mahu menyatakan saya begitu menyesal kepada mereka yang terjejas. Saya tahu saya berada pada kedudukan keistimewaan dan kuasa dan saya menyedari bahawa kedudukan itu menuntut tanggungjawab, dan saya memikul tanggungjawab bagi apa yang berlaku dalam program saya,” kata DeGeneres di dalam monolog pembukaannya, yang dikeluarkan dalam talian sebelum ia disiarkan lewat Isnin lepas.

DeGeneres berkata programnya melancarkan ‘lembaran baharu’ selepas ‘perubahan yang perlu’ ekoran siasatan dalaman oleh syarikat induk Warner Media, tetapi dia tidak bercakap dengan terperinci mengenai sebarang penstrukturan semula.

Pada Ogos lalu, tiga penerbit peringkat tinggi dilepaskan: seorang penerbit eksekutif Ed Glavin, seorang penerbit eksekutif bersama Jonathan Norman, dan ketua penulis Kevin Leman.

Pelawak, pelakon dan hos veteran itu turut bergurau bahawa dia berada pada kedudukan yang sukar ekoran reputasinya sebagai wanita ‘be kind’, gelaran yang menurutnya diperolehinya selepas dia menggesa kebaikan hati selepas seorang pemuda, yang dibuli kerana dia adalah gay, membunuh diri pada 2010.

“Dikenali sebagai wanita ‘be kind’ adalah kedudukan yang rumit,” kata DeGeneres.

“Jadi biarlah saya memberikan anda beberapa nasihat di luar sana, jika ada orang yang mahu mengubah gelaran mereka atau memberi diri anda nama timangan, jangan gunakan wanita ‘be kind’. Jangan melakukannya.”

“Sebenarnya, saya adalah orang yang anda lihat dalam TV,” tambahnya, untuk menafikan dakwaan bahawa, di luar pentas, personalitinya amat berbeza sekali daripada persona ceria yang dia telah olah di atas pentas.

- ‘Kata-kata yang sudah basi’ -

DeGeneres, 62, menarik perhatian pada 1997 selepas dia menjadi salah seorang bintang televisyen yang pertama untuk secara terbuka mendedahkan dia adalah gay, sesuatu yang dia buat ketika membintangi sitkom ‘Ellen’.

Pada tahun lepas, sebelum meletusnya skandal yang menyelubungi program dengan mempunyai namanya sebagai tajuk, dia memperbaharui kontraknya sebagai hos sehingga 2022, selain menandatangani perjanjian untuk menerbitkan tiga program bagi platform penstriman HBO Max.

DeGeneres sudah kembali ke studionya di California untuk tayangan perdana pada Isnin lepas, dengan audiens maya di atas barisan skrin disebabkan oleh pandemik koronavirus.

DeGeneres menyebar monolognya dalam talian, tetapi ramai pengguna media sosial mengejeknya - kata-katanya “Saya adalah kerja yang masih berjalan” khususnya telah diselar - dengan menyatakan kata-katanya berbunyi kosong.

“Ia adalah sukar untuk tidak merasakan seakan-akan satu peluang telah terlepas di sini,” tulis Daniel D’Addario, selaku ketua pengkritik televisyen untuk saluran hiburan Variety.

“Cubaan DeGeneres untuk menjelaskan keadaan adalah begitu sumbang sekali sebahagiannya kerana keengganannya untuk menyantuni pengkritiknya dalam apa jua yang lebih bermakna daripada sekadar kata-kata yang sudah basi,” katanya. — AFP

Advertisement