Anda di sini

Ahli AMANAH suarakan sokongan terhadap BN Putatan

Advertisement
 Mohd Izdwan (bertopi jingga) memegang kemeja-T BN Tanjung Keramat sebagai tanda sokongan kepada calon, Ir Shahelmey Yahya.
BERI SOKONGAN: Mohd Izdwan (bertopi jingga) memegang kemeja-T BN Tanjung Keramat sebagai tanda sokongan kepada calon, Ir Shahelmey Yahya.

PUTATAN: Hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan parti, sekumpulan ahli AMANAH bertindak menyuarakan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) Putatan, hari ini.

Kumpulan individu berkenaan diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan dan Kemanusiaan Pemuda AMANAH Sabah, Mohd Izdwan Gimbun.

 

Menurut beliau, pihaknya bukan hanya sahaja hilang kepercayaan bahkan berikrar untuk menyokong calon BN DUN 24 Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya dan akan membuktikannya pada tarikh mengundi Sabtu ini.

"Kami telah hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan AMANAH dan berikrar untuk menyokong saudara Ir. Shahelmey Yahya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini," katanya.  

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Taman Pantai Lok Kawi, Putatan, hari ini.

Sementara itu, Shahelmey berkata, pihaknya menyambut baik perkara berkenaan dan ia dilihat dapat membantu kepada perkembangan momentum BN dalam kempen berbaki dua hari ini.

 Ir Shahelmey meluangkan masa bertukar-tukar pandangan dengan sekumpulan belia semasa menyantuni penduduk di di Taman Pantai Lok Kawi, Putatan.
MESRA: Ir Shahelmey (tiga kiri) dan Mohd Izdwan (dua kiri) berbual mesra pada pertemuan di Taman Pantai Lok Kawi, Putatan.

"Alhamdulillah, kita menerima sokongan tambahan daripada pihak yang sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti mereka.

"Saya percaya, dengan ada perkembangan seperti ini ia dapat membantu kepada momentum BN di Putatan dan DUN Tanjung Keramat khususnya ketika menjelang hari mengundi," katanya.

  • oleh
  • Advertisement