Anda di sini

Suspek kes bunuh warga emas di Kampung Rampangi direman tujuh hari

Advertisement
Gambar fail
Gambar fail

KUCHING: Seorang pemuda berusia 27 tahun ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang warga emas wanita yang mati disyaki dibunuh di rumah kediamannya di Kampung Rampangi, di sini. 

Perintah tahanan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret sini pada petang Selasa dan siasatan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Mangsa yang berusia 66 tahun tersebut ditemui dalam sebuah rumah di Kampung Rampangi sekitar jam 6.30 pagi dengan kesan luka di muka dan dagu serta disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di tempat kejadian.

Berita berkaitan: Warga emas maut disyaki dibunuh cucu hanya kerana tidak diberi wang

  • oleh
  • Advertisement