Anda di sini

Sarawak fokus kepada 2.7 juta hektar kawasan HoB

Advertisement
 Reflecting a Decade of Achievements’ di Kuching, semalam.
FOKUS: Len Talif (tiga kanan) dan Hamden (dua kiri) serta Jack (dua kanan) bergambar kenangan di hadapan lokasi Program ‘Sarawak’s Heart of Borneo Seminar 2020: Reflecting a Decade of Achievements’ di Kuching, semalam.

KUCHING: Sarawak akan memfokuskan kepada ketetapan 2.7 juta hektar kawasan Heart of Borneo (HoB) di negeri ini buat masa ini, kata Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Tambah beliau, pihaknya belum lagi merancang untuk memperluaskan kawasan HoB tersebut dalam masa terdekat kerana merasakan ia sudah memadai sebalik-nya memfokuskan beberapa program yang dijalankan di HoB.

“HoB seluas 2.7 juta hektar buat masa ini sudah mencukupi dan jika hendak diperluaskan lagi kita akan melihat kepada keutamaan.

“Buat masa ini kita hanya akan memfokuskan kepada perubahan yang telah kita buat baru-baru ini iaitu 2.7 juta hektar tersebut. Jangan hilang fokus kepada HoB kerana perluasan itu.

“Program yang kita jalankan di bawahnya ada-lah seperti berunsurkan komuniti, ekopelacongan, biodiversiti pemuliharaan dan kemampanan hutan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan ‘Sarawak’s Heart of Borneo Seminar 2020: Reflecting a Decade of Achievements’ semalam.

Tambahnya, sejak 2007, ia mengambil masa hampir 10 tahun untuk membuat pertambahan tersebut iaitu sekitar 400,000 hektar walaupun berbeza daripada sasaran asal pihak WWF yang mahukan enam juta hektar dijadikan kawasan HoB.

Sebelum itu, dalam ucapannya Len Talif menegaskan bahawa terdapat beberapa perkembangan yang membanggakan Sarawak hasil daripada perluasan kawasan HoB dari Lubok Antu di Sri Aman ke ‘Tip of Borneo’ di Tanjong Datu, Lundu.Ia telah dimumkan semasa Mesyuarat Tiga Pihak ke-12 yang di-adakan di Miri pada 2018.

“Selepas sedekad pelaksa-naan inisiatif HoB, kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai program dan projek dengan bantuan peruntukan yang diberikan kerajaan pusat.

“Saya difahamkan Jabatan Hutan Sarawak telah memohon peruntukan di bawah RMK12 dan berharap jumlah peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan pusat akan ditambah kerana terdapat perluasan kawasan HoB,” tambahnya.

Insiatif HoB jelas Len Talif telah menarik minat masyarakat dunia terutama pencinta alam sekitar dan hutan dan Sarawak harus mengambil peluang untuk mengalih pandangan serong terhadap pengurusan hutan dan kemampanan kelapa sawit dalam HoB.

Selain itu, HoB akan memperlihatkan usaha kerajaan dalam penglibatan masya-rakat sebagai mata pencarian mereka menerusi pertanian lestari seperti sistem tagang dan promosi ekopelanco-ngan, katanya menegaskan.

Len Talif turut mendesak agensi-agensi yang berkaitan agar memanfaatkan penjenamaan HoB dalam mencari dana dan kolaboratif daripada badan antarabangsa atau tempatan.

Beliau juga berharap agar seminar semalam, menjadi wadah bagi semua pegawai daripada pelbagai agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan aktiviti dan program di kawasan HoB, selain berkongsi penemuan dan rekod.

Kira-kira 300 peserta menyertai seminar itu termasuk peserta alam maya menggunakan platform persidangan video Zoom.

Mereka termasuk daripada pelbagai jabatan dan orga-nisasi di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad dan Timbalan Pengarah Hutan Jack Liam.

  • oleh
  • Advertisement