Anda di sini

Pengguna di Sibu bakal berdepan gangguan air Jumaat ini

Advertisement
Gambar fail Bernama
Gambar fail Bernama

SIBU: Pengguna di beberapa kawasan di sini bakal berdepan gangguan bekalan air sementara dari jam 10 malam, pada Jumaat ini.

Lembaga Air Sibu (LAS) dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan kerja-kerja menggantikan paip 700mm saluran elektromagnet loji rawatan air di Bukit Lima dan serta pemasangan semula paip utama 500mm yang pecah di belakang Sekolah Menengah Tinggi Katolik di Jalan Lanang.

Katanya, kawasan terjejas ialah dari Jalan Alan hingga Jalan KampungHilir /Jalan Awang Ramli Amit dan kawasan sekitarnya (termasuk Bandar Sibu, Jalan Lau King Howe, Jalan Tiong Hua, Jalan Tong Sang, Jalan Tekam dan Jalan Aman).

Turut terlibat ialah kawasan di Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Persiaran Brooke, Jalan Wong Soon Kai serta Jalan Sungai Merah hingga ke Jalan Teku dan Bawang Assan.

Selain itu, sebahagian jalan utama, Jalan Lanang iaitu dari persimpangan Jalan Long Bridge hingga ke persimpangan Jalan Tan Sri (berhampiran dengan Tai Shan Lai Cafe) akan ditutup kepada lalu lintas.

"Kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang dialami dan berusaha menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," ujarnya.

LAS menjangkakan bahawa kerja-kerja pembaikan itu siap pada Sabtu, bergantung kepada keadaan cuaca.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi LAS di talian hotline 084-216311.

Advertisement