Anda di sini

COVID-19: Tiada kes baharu dilaporkan hari ini, jumlah kes kekal 703

Advertisement
Statistik JPBNS
Statistik terkini JPBNS

KUCHING: Tiada kes positif baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kekal 703.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataannya hari ini berkata setakat ini juga hanya satu kluster yang masih aktif, iaitu Kluster Alam di Bintulu melibatkan lapan kes.

Bagaimanapun, kesemua kes dalam kluster berkenaan telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.

"Dimaklumkan juga, satu kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Sibu pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih dan discaj dari hospital 681 atau 96.87 peratus.

"Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan ditempatkan di wad pengasingan tiga, iaitu masing-masing satu di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Bintulu," jelas JPBNS.

Sementara itu, jumlah kematian akibat COVID-19 di Sarawak kekal 19 orang atau 2.70 peratus.

Hari ini juga 11 kes orang disyaki (PUI) dilaporkan dan dua masih menunggu keputusan ujian makmal.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBNS berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan tiga notis kompaun iaitu masing-masing satu di Miri, Kota Samarahan dan Betong kerana tidak mematuhi garis panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Hari ini 1,615 premis telah dipantau iaitu pasar raya (195), restoran (284), kilang (22), bank (118), pejabat kerajaan (34), penjaja (49), pasar tani/awam (94), tempat ibadat (80), tempat riadah (45), tapak pembinaan (14) dan lain-lain (680).

"Selain itu 2,043 kenderaan diperiksa dalam enam sekatan jalan raya yang diadakan sempena Op Benteng. Sekatan jalan raya itu diadakan di Lundu (dua), Serian, Sri Aman dan Lubok Antu masing-masing satu," katanya.

  • oleh
  • Advertisement