Anda di sini

APMM terus kawal kedaulatan Beting Patinggi Ali

Advertisement
Pegawai dan anggota APMM Zon Maritim Miri merakamkan gambar kenang-kenangan semasa latihan menembak pada Rabu.
Pegawai dan anggota APMM Zon Maritim Miri merakamkan gambar kenang-kenangan semasa latihan menembak pada Rabu.

MIRI: Aset-aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa ditempatkan di Beting Patinggi Ali bagi mengawal kedaulatan negara. 

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman turut mendedahkan bahawa aset negara China iaitu kapal pengawal pantainya memang berada di Beting Patinggi Ali sepanjang masa. 

“Berkenaan dengan Beting Patinggi Ali, setiap bulan kita memang sentiasa berada di sana dengan menempatkan aset-aset APMM terutamanya kapal. 

“Ini bukan hanya Zon Maritim Miri sahaja, ia termasuk daripada Maritim Negeri Sarawak sendiri yang mana turut menempatkan kapal di sana dan ada juga kapal (Maritim) dari Semenanjung Malaysia yang hadir ke kawasan itu untuk mengawal kedaulatan negara Malaysia,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual pemberita pada Program Latihan Penembakan Senjata Kecil Pistol Zon Maritim Miri di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) Lambir di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md Fauzi berkata setakat ini tiada konfrontasi antara negara Malaysia dan China di Beting Patinggi Ali. 

“Cuma kita menempatkan aset dan China juga melakukan benda yang sama menempatkan aset mereka di sana dan tidak ada lain-lain negara yang terlibat di kawasan sana (Beting Patinggi Ali),” ujar beliau. 

  • oleh
  • Advertisement