Anda di sini

Anwar hanya mahu kelirukan rakyat - Masing

Advertisement
Masing ketika ditemui pemberita selepas majlis di Serian, hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor
Masing ketika ditemui pemberita selepas majlis di Serian, hari ini. - Gambar oleh Roystein Emmor

SERIAN: Dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar yang mendapat sokongan kukuh Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu disifatkan hanya untuk mengelirukan rakyat.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata beliau melihat tindakan Anwar itu hanya mahu mewujudkan kekeliruan rakyat di Sabah yang pada ketika ini menghadapi Pilihan Raya Negeri.

“Beliau mahu menyatakan yang Sarawak juga tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya merasakan tindakan ini sesuatu yang mengejutkan dari seorang berkaliber dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Serian di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, kegagalan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini mendorong tindakan yang dilakukannya hari ini.

Bagaimanapun Sarawak katanya di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan sedia ada di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini kerana kami melihat hubungan kerajaan negeri dan persekutuan (Perikatan Nasional) amat baik dan stabil.

“Apa yang penting adalah kestabilan kerajaan kita dan bukan siapa yang menjadi Perdana Menteri,” tegasnya sambil memberitahu kesemua wakil rakyat PRS tetap menyokong Muhyiddin.

  • oleh
  • Advertisement