Anda di sini

Remaja lemas selepas selamatkan rakan

Advertisement
Mayat mangsa diusung ke kenderaan polis untuk dihantar ke HUS.
Mayat mangsa diusung ke kenderaan polis untuk dihantar ke HUS.

KUCHING: Seorang ramaja lelaki ditemui mati lemas selepas dikatakan berjaya menyelamatkan rakannya ketika mereka sedang mandi sungai di Kampung Segedup, Batu Kawa di sini, hari ini.

Anggota bomba yang ditemui di lokasi kejadian memberitahu ketika insiden tersebut berlaku, mangsa bersama 15 lagi rakannya mandi di tebing sungai tersebut iaitu sekitar jam 9.30 pagi.

Bagaimanapun, dikatakan seorang rakan mereka hampir lemas menyebabkan mangsa Hairi Hakimi,14, terus bertindak menyelamatkan rakannya itu.

"Kita dimaklumkan bahawa mangsa berusaha menyelamatkan seorang rakannya yang hampir lemas, sebelum dia sendiri yang tengelam dan hilang selepas itu.

"Mangsa juga difahamkan tidak pandai berenang tetapi merisikokan dirinya untuk menyelamatkan rakan mereka," katanya kepada pemberita.

Sementara itu menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan selepas laporan diterima pada jam 9.46 pagi.

"Komander operasi melaporkan mangsa dijumpai pada jarak 15 kaki dari tempat kali terakhir dia kelihatan iaitu sekitar jam 11.35 pagi tadi.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis dan seterusnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi SAR tersebut turut disertai Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) Bomba, penduduk kampung dan ahli keluarga mangsa.
 

  • oleh
  • Advertisement