Anda di sini

PSB boleh jadi ‘kingmaker’ dalam politik Sarawak

Advertisement
 Baru (depan, sembilan kiri), Rosli (tujuh kiri), Ali (empat kanan) dan Wan Abdillah (tiga kanan) bersama ahli-ahli PSB Bukit Kota.
BERI SAINGAN: Baru (depan, sembilan kiri), Rosli (tujuh kiri), Ali (empat kanan) dan Wan Abdillah (tiga kanan) bersama ahli-ahli PSB Bukit Kota.

LIMBANG: Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang baharu ditubuhkan mampu menjadi ‘kingmaker’ dalam lakaran politik Sarawak sekiranya memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) diadakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian berkata hasrat itu akan tercapai sekiranya PSB menang pada PRN12 di Sarawak dan Parti Warisan memenangi PRN Sabah.

“PSB boleh jadi ‘kingmaker’ kalau kita menang pada PRN12 di Sarawak dan Warisan Plus memenangi PRN di Sabah, memberi kita  banyak kerusi di Parlimen,” katanya pada pelancaran PSB Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota di sini semalam.

Turut sama calon PSB DUN Lingga Datuk Wan Abdillah Edruce, calon PSB bagi DUN Bukit Kota Rosli Amat dan calon PSB Batu Danau Ali Adap.

Ahli Parlimen Selangau itu berkata, amat penting bagi ahli-ahli PSB bagi DUN Bukit Kota dan Batu Danau bekerja keras agar rancangan dan misi ke arah Sarawak Baharu dapat direalisasikan.

“Apa yang kita perlu lakukan adalah untuk merekrut seramai ahli baharu mendaftar dengan PSB sekali gus memenangi kerusi DUN Bukit Kota dan Batu Danau,” jelasnya.

Naib Presiden PSB Sarawak itu berkata, banyak isu akan diketengahkan dan diperjuangkan apabila PSB menang pada kedua-dua kerusi itu pada PRN12 nanti.

Mengulas lanjut, Baru berkata penduduk di Limbang dan Lawas juga amat memerlukan jalan penghubung terus ke Miri dan ke Sabah tanpa melalui Brunei.

Menurutnya, penduduk di sini berdepan masalah rentas sempadan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan caj  sebanyak BND3 seorang bagi setiap satu hala perjalanan oleh negara jiran bermula Oktober ini.

Beliau menjelaskan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyambung Projek Jajaran Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) mampu menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei.

Turut ditekankan beliau adalah projek mega dilaksanakan di Limbang seperti Tebingan Limbang kurang membantu meningkatkan ekonomi penduduk khususnya golongan petani dan peniaga selain masalah kekurangan parkir di bandar Limbang.

Sekitar lebih 200 ahli PSB bagi DUN Bukit Kota hadir pada program itu.

  • oleh
  • Advertisement