Anda di sini

Padah miliki bahan pornografi kanak-kanak, lelaki warga emas diberkas

Advertisement
Beberapa barang termasuk VCD, DVD, gambar serta komputer dan komponennya yang mengandungi pornografi membabitkan kanak-kanak telah dirampas dari rumah suspek untuk dijadikan barang kes.
Beberapa barang termasuk VCD, DVD, gambar serta komputer dan komponennya yang mengandungi pornografi membabitkan kanak-kanak telah dirampas dari rumah suspek untuk dijadikan barang kes.

MIRI: Seorang lelaki warga emas diberkas kerana disyaki memiliki beberapa keping gambar dan video lucah berkaitan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Sabri Zainol ketika dihubungi tadi mengesahkan tangkapan ke atas lelaki berusia 62 tahun itu.

Katanya, tangkapan ke atas suspek dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari Cawangan D11 ( Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Bukit Aman yang mengesyaki suspek ada terlibat dalam kegiatan pengedaran dan  memuat turun gambar serta video pornografi membabitkan kanak-kanak.

"Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang telah memberkas suspek di rumahnya di Lutong sekitar jam 3.30 petang semalam (Isnin).

"Polis yang membuat pemeriksaan lanjut di rumah suspek telah menjumpai dan merampas beberapa buah cakera padat video (VCD), cakera video digital (DVD) dan beberapa keping gambar lucah kanak-kanak untuk dijadikan barang kes," katanya.

Dalam serbuan sama kata Sabri, polis turut merampas sebuah  komputer termasuk monitor, papan kekunci, cakera keras luaran, modem, headphone dan satu unit telefon bimbit.

Menurut beliau, ketika disoal-siasat awal polis, suspek mengaku mempunyai minat terhadap pornografi membabitkan kanak-kanak dan orang dewasa sejak beberapa tahun lalu dan semenjak itu mula membuat koleksi bahan lucah tersebut untuk tujuan memuaskan nafsunya sendiri.

"Namun suspek menafikan pernah mengedarkan atau terlibat dengan mana-mana kumpulan yang mempunyai akses dengan kegiatan pornografi melibatkan kanak-kanak," katanya.

Sehubungan itu kata Sabri, suspek yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak akan disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

  • oleh
  • Advertisement