Anda di sini

Kesatuan perpaduan rakyat kerajaan WARISAN terbaik

Advertisement
KHALID
KHALID

KERAJAAN negeri yang diterajui Parti Warisan Sabah (WARISAN) berjaya mengurus hubungan perpaduan dan kepelbagaian kaum dengan baik dan memastikan ianya terus terpelihara.

Program-program yang dijalankan selama dalam tempoh menerajui kerajaan Sabah mempunyai peranan untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan masyarakat di negeri ini yang berlandaskan persefahaman agama, kaum, etnik serta budaya.

Komitmen serta sokongan terhadap usaha dan inisiatif yang dilaksanakan secara berterusan dalam mewujudkan aktiviti kekitaan terutamanya dalam meraikan setiap perayaan dapat memepertingkatkan lagi ikatan perpaduan dan kemesraan diantara rakyat Sabah.

ISMAIL
ISMAIL


PEMIMPIN SABAH FIGURA YANG PATUT DICONTOHI

Pengerusi Masjid Al-Kauthar Khalid Mohd Tahir berkata, kerajaan pada hari ini melalui pelbagai program yang diadakan menunjukkan komitmennya dalam menyatupadukan lebih 30 etnik di negeri Sabah.

Beliau berkata, sikap pemimpin yang tidak pernah diskriminasi dalam menghadiri sesuatu program dan majlis menjadikan mereka merupakan figura yang patut dicontohi oleh semua pemimpin di negara ini.

"Pemimpin seperti mereka menjadi contoh dan ikutan rakyat dalam melahirkan sikap hormat menghormati walaupun hidup berbilang bangsa dan agama.

"Di Sabah, kita boleh lihat masyarakatnya boleh duduk minum kopi semeja bersama orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan sesiapa sahaja," katanya.

EAISA
EAISA

Beliau berkata, pihaknya juga sangat terbuka sekiranya ada kaum lain yang ingin berkunjung ke Masjid Al-Kauthar untuk mendapatkan info atau melihat suasana dalam masjid.

"Orang ramai tanpa mengira agama dan kaum boleh melawat dan mengabdikan gambar kenangan di Masjid Al-Kauthar dengan syarat mengenakan pakaian yang bersesuaian," katanya.

Khalid berkata, kerajaan di negeri Sabah dilihat sangat menjaga hubungan diantara semua kaum dan agama, ianya dizahirkan dalam barisan kepimpinan yang dibentuk terdiri daripada pelbagai kaum.

"Sebagai rakyat negeri Sabah, kita harus menghalang orang luar yang cuba menjadi 'batu api' melaga-lagakan kemakmuran yang kita kecapi ini, jangan sekali-kali termakan dengan hasutan mereka," katanya.

KERAJAAN NEGERI BELA BANGSA SABAHAN

Presiden Persatuan Muafakat Anak Bangsa Sabah (PMAB) Ismail Sabran berkata, kerajaan WARISAN merupakan contoh sebuah parti politik yang dapat menyatukan semua bangsa yang ada di Sabah.

"Menjadi satu-satunya parti tempatan yang mendapat tempat dihati rakyat kerana perjuangannya membela bangsa Sabahan serta memberikan semangat muafakat dan saling menghormati agama yang lain.

"Keunikan parti WARISAN yang diterajui oleh Datuk Sri Panglima Mohd Shafie Apdal ini kerana semua pemimpinnya dapat membela semua bangsa tanpa adanya sikap berat sebelah," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, keharmonian dan kesejahteraan warga penduduk Sabah sentiasa tersemai dan saling mencorakkan budaya kepimpinan yang adil dalam setiap perancangan dibuat untuk rakyat Sabah yang berbilang suku kaum.

PETRUS
PETRUS

"Seluruh rakyat Sabah mengharapkan keharmonian dalam pentadbiran dapat diteruskan dan pemimpin seperti ini harus dikekalkan supaya negeri Sabah terus makmur.

"Kepimpinan kerajaan WARISAN sangat mengetahui kehendak dan keperluan rakyat Sabah tanpa mengira status asalkan bangsa Sabah akan dibela dengan adil," katanya.


SUKU KAUM BEBAS AMALKAN CARA HIDUP SENDIRI

Anak Jati Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) Eaisa Singkun berkata, sejak kerajaan WARISAN mengambil alih kepimpinan, semua suku kaum yang ada di negeri Sabah lebih terbuka dan bebas mengamalkan cara hidup sendiri mengikut adat masing-masing.

"Malah, kerajaan juga memberi sokongan kepada setiap etnik tanpa adanya diskriminasi contohnya semua perayaan boleh disambut secara besar-besaran dan di tempat yang terbuka.

"Apabila musim Pesta Kaamatan dan Festival Sabah, semua rakyat tanpa terkecuali akan disajikan dengan pelbagai tarian kebudayaan," katanya.

Menurutnya, Pesta Kaamatan merupakan simbolik keharmonian dan semangat muhibbah masyarakat di negeri Sabah kerana perayaan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali, memahami dan menghormati adat budaya KDM.

"Bagi saya yang berbangsa Dusun, Murut dan Lundayeh mempunyai keluarga yang pelbagai kerana keluarga dari sebelah bapa ada yang beragama Islam.

"Apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, kami sekeluarga akan balik kampung untuk turut bersama-sama meraikan perayaan itu di rumahnya," katanya.


PERKAHWINAN CAMPUR BUDAYA DI SABAH

Diana Anak Ngelambong anak campuran Iban dan Jawa menyatakan di negeri Sabah sangat unik kerana perkahwinan campur menjadi budaya dan kebiasaan penduduknya.

Beliau berkata, perkahwinan campur tidak asing lagi kerana dalam keluarganya sendiri terdiri daripada pelbagai suku termasuklah Kadazan, Sungai, Banjar, Brunei, Cina dan Melayu.

"Malah saya sendiri berkahwin dengan suku Tidung sejak tahun 2005, walaupun begitu, kami tetap hidup dalam suasana yang harmoni tidak pernah ada perasaan iri hati.

"Perkahwinan campur ini membawa kepada pemahaman yang lebih besar, saling menghormati antara satu sama lain dan mewujudkan integrasi dalam kalangan keluarga," katanya.

DIANA
DIANA

Menurutnya, hidup di bumi Sabah ini sangat bertuah, selain mempunyai pemimpin yang memahami denyut nadi rakyat, mereka juga memberikan sokongan kepada setiap etnik di negeri ini tanpa ada yang terpinggir.

"Sebagai contoh, walaupun saya berasal daripada Sarawak tetapi kerajaan di negeri ini tetap memberi kemudahan tanpa ada diskriminasi kenegerian.

"Begitu juga rakan sekerja, Kami boleh duduk bersama melontarkan idea untuk menjayakan program yang dirancang dan tidak wujud isu perkauman bila bersama mereka," katanya.


KESATUAN PELBAGAI KAUM HARUS DISEMAI  

Persatuan Komuniti Toraja Malaysia (PKTM) Tawau Petrus Bernard berkata, kerajaan dan rakyat mempunyai tugas serta tanggungjawab yang berat dalam menentukan perpaduan dan keharmoni kaum di negeri ini supaya terus kekal buat selama-lamanya.

"Semangat perpaduan dan kesatuan pelbagai kaum perlu disemai dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar sekolah untuk melahirkan sebuah negeri yang harmoni dan makmur.

"Amanah ini akan terus menjadi perjuangan yang akan diwariskan dari generasi ke generasi khususnya golongan muda dan tugas ini perlu dilaksanakan dengan penuh kesedaran dan keinsafan dalam diri setiap rakyat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan hari ini yang diterajui parti WARISAN dilihat terus membantu masyarakat termasuk di luar bandar dengan peruntukan yang meningkat setiap tahun.

CHUNG
CHUNG

"Perancangan kerajaan akan lebih baik sekiranya semua rakyat tanpa mengira suku, kaum dan agama mempunyai peranan menyumbang idea untuk diutarakan kepada kerajaan,

"Kestabilan politik dapat dilihat sekiranya semua rakyatnya dapat hidup aman dan harmoni tanpa sikap pentingkan diri sendiri serta pemimpin yang adil kepada semua rakyat," katanya.


PEMBANGUNAN NEGERI UNTUK SEMUA KAUM

Chung Ka Yan, 31, berkata, pembangunan dan kemajuan negeri Sabah boleh dicapai dengan baik walaupun rakyat tidak berkongsi kepercayaan yang sama.

"Kesederhanaan dan sikap saling menerima serta menghormati antara satu sama lain amat penting dalam kita menghadapi cabaran, termasuk ancaman ektremisme.

"Sehubungan itu, keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini perlu terus diperlihara oleh rakyat di negeri ini supaya pembangunan boleh diteruskan dengan baik," katanya.

 Masjid Al Kauthar.
MASJID: Masjid Al Kauthar.

Beliau berkata, kerajaan WARISAN dilihat sedang giat melaksanakan pelbagai program bagi memacu pembangunan negeri dan menjamin kesejahteraan rakyat menerusi jangka panjang termasuklah peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga mahir.

"Hal ini akan tercipta sekiranya rakyat bersama-sama membantu kerajaan dalam menstabilkan politik melalui muafakat semua kaum di negeri Sabah tanpa ada perbalahan.

"Harapan saya agar Sabah terus menjadi contoh dan model perpaduan serta keharmonian terbaik di negara ini dan hindarkan diri daripada anasir luar yang cuba mengganggu gugat perpaduan di negeri kita," katanya.

Advertisement