Anda di sini

Kerajaan WARISAN pupuk semangat muafakat rakyat berbilang kaum

Advertisement
MURNI
MURNI

SABAH merupakan negeri yang unik kerana mempunyai 32 etnik dan sub-etnik yang hidup dalam suasana aman dan damai sejak dahulu.

Murni Roslee berkata, ini merupakan contoh perpaduan terbaik dengan adanya toleransi dan kerjasama tanpa mengira kaum dan juga anutan agama yang berbeza.

"Cara hidup dan amalan ini di teruskan di bawah kepimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam memastikan rakyat Sabah dapat hidup dalam keadaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Saya mengambil contoh diri sendiri adalah hasil perkahwinan campur iaitu bapa saya adalah berbangsa Bajau Samah dari Kota Belud dan ibu yang telah memeluk agama Islam adalah berbangsa suku Dusun Lotud dari Tamparuli," katanya.

Murni yang juga Ahli Majlis Tertinggi WARISAN berkata, keharmonian ini masih terpelihara walaupun di sebelah ibu di Tamparuli masih menganuti agama Kristian tapi mereka sekeluarga masih pulang ke kampung dan bersama-sama meraihkan sambutan Hari Krismas.

WONG
WONG

"Di bawah kerajaan Sabah Baharu yang lalu iaitu di bawah pemerintahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal yang merupakan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden WARISAN telah memberikan tambahan sebanyak satu hari cuti umum negeri kepada dua hari untuk sambutan Hari Krismas bagi masyarakat Sabah," katanya.

Beliau berkata, ini jelas menunjukkan bahawa keprihatinan WARISAN turut mengambil kira juga masyarakat yang berbangsa Kristian agar menikmati cuti umum selama dua hari sama seperti sambutan Hari Raya yang disambut oleh masyarakat yang beragama Islam.

"Apa yang penting perpaduan antara kaum ini adalah agenda penting yang diambil kira oleh WARISAN bagi mengekalkan kestabilan dan komitmen yang tidak berbelah bagi di antara satu sama lain," katanya.

Manakala, Wong Tamin Simad pula berkata, perpaduan kaum merupakan teras utama kepada sesuatu kemajuan dan pembangunan dalam semua bagi sesebuah negeri mahu pun negara.

"Tanpa perpaduan dan toleransi diantara kaum dan agama di dalam sebuah negeri atau negara itu tidak mungkin akan mencapai kejayaan terutamanya dari sudut pembangunan dan juga kemajuan ekonominya," katanya.

Wong berkata, di Sabah terdapat lebih kurang 32 etnik yang menghuni tanah air Sabah yang mana kesemua etnik berkenaan hidup dan bermasyarakat secara harmoni dan kemakmur sebagaimana masyarakat majmuk yang lain.

"Uniknya masyarakat Sabah walau pun datang dalam kepelbagaian etnik dan bangsa serta berbeza agama tetapu mereka boleh hidup dengan aman dan makmur tanpa ada persengketaan yang menjurus kepada ketidakfahaman sama ada budaya atau pun kepercayaan atau agama," katanya.

Beliau berkata, ini adalah kerana rakyat Sabah mempunyai perpaduan yang amat dihargai sesama sendiri serta menjadikan nilai-nilai murni seperti semangat saling hormat-menghormati dan memiliki sikap toleransi yang tinggi di antara satu sama lain tanpa mengira suku, etnik dan agama.

"Diperkuatkan lagi dengan kepimpinan kerajaan pada hari ini yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal merangkap Presiden WARISAN sebuah parti yang mewakili semua etnik yang ada di dalam negeri Sabah ini.

"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa kepimpinan yang ditonjolkan oleh Datuk Seri Shafie banyak menyeru dan mengajak rakyat Sabah agar hidup harmoni dan mengekalkan perpaduan yang sedia ada," katanya.

Wong berkata, ini terbukti bila mana setiap kali ada sambutan perayaan besar setiap kaum seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan dan sebagainya, rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama akan datang berpusu-pusu untuk sama meraihkan perayaan berkenaan.

 Shafie menyampaikan rellika cek RM100,000 kepada Johnny Gilong wakil Majlis Gereja-Gereja Kota Belud (Kadamaian).
REPLIKA CEK: Shafie menyampaikan rellika cek RM100,000 kepada Johnny Gilong wakil Majlis Gereja-Gereja Kota Belud (Kadamaian).

Selain itu, beliau berkata, kewujudan rumah ibadat yang berbeza agama yang didirikan berhampiran antara satu sama lain memberi gambaran yang jelas bahawa rakyat Sabah mempunyai sikap toleransi yang amat tinggi dikalangan masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan agama.

"Kepimpinan pada hari ini juga yang diterajui oleh kerajaan WARISAN terus mengambil pendekatan yang terbaik apabila terus menghargai golongan agama bukan sahaja penganut agama Islam itu sendiri tetapi agama lain juga seperti agama Kristian," katanya.

Pada tahun 2019, Wong memberitahu Kerajaan Negeri Sabah telah meningkatkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian rakyat apabila kerajaan turut memberi elaun kepada golongan agama kepada penganut agama Kristian di Sabah.

“Selain itu, kedudukan di dalam herarki parti WARISAN juga jelas menunjukkan bahawa WARISAN adalah sebuah parti yang membawa ideologi yang positif kepada rakyat Sabah khususnya.

"Ini kerana pemimpin-pemimpin yang terdapat di dalam organisasi parti WARISAN sebenarnya mewakili bangsa atau entik yang ada di Sabah itu sendiri," jelasnya.

Beliau berkata, Ketua Menteri Sabah sendiri acap kali di dalam ucapannya mengajak dan menyeru rakyat Sabah agar terus meningkatkan perpaduan rakyat.

"Ini kerana beliau sendiri percaya bahawa perpaduan dan keharmonian hidup di dalam masyarakat majmuk akan terjamin kestabilan politik dan akan meningkatkan ekonomi Sabah itu sendiri.

 Masjid Daerah Sandakan.
MASJID: Masjid Daerah Sandakan.

"Sebagai rakyat Sabah yang sayang dan cintakan Negeri Sabah Tanah Airku, saya yakin dan percaya melalui kepimpinan yang ada pada hari ini di bawah Datuk Seri Shafie dan rakan-rakan yang lain akan dapat meningkatkan lagi perpaduan dan toleransi dikalangan penduduk Sabah sekaligus dapat memacu peningkatan ekonomi dan pembangunan Negeri Di Bawah Bayu ini," katanya.

Wong juga menaruh kepercayaan bahawa Sabah akan lebih makmur dan berjaya dari pelbagai aspek yang diperlukan oleh rakyat Sabah itu sendiri dibawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal selaku pemimpin yang banyak berjuang demi untuk menyatukan rakyat Sabah yang pelbagai bangsa dan agama ini.

  • oleh
  • Advertisement