Anda di sini

Gabungan Rakyat Sabah 'kerajaan' bersyarat: Madius

Advertisement
 Madius ketika berucap dalam program bersama rakyat di DUN Bengkoka.
BERUCAP: Madius ketika berucap dalam program bersama rakyat di DUN Bengkoka.

PITAS: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyifatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu gabungan yang hanya menjalankan kerja dengan bersyarat.

Madius memberikan komen mengenai Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang datang ke Kiulu baru-baru ini tidak ikhlas ataupun bersungguh-sungguh menangani isu pendatang tanpa Izin (PTI).  

"Baru-baru ini Menteri KDN datang ke Kiulu dan menyatakan dia sebagai Menteri KDN ada kuasa hantar balik PTI tapi dia bagi syarat, dia mahu kasih menangkan Joniston di Kiulu baru dia hantar balik PTI, kalau kalah, dia kata buat apa kasih hantar mereka (PTI) balik.

"Ini mencerminkan hati mereka bahawa selama ini, dia (Hamzah) tidak ikhlas dan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kewajipan beliau dalam melaksanakan undang-undang di mana orang asing yang berada di Malaysia tanpa pasport antarabangsa harus dihantar balik...itu bererti dia buat benda bersyarat.

 

"Kalau beginilah dia (Hamzah) buat kerja bagaimana kita rakyat mahu memberi kepercayaan kepada dia. Tambahan sekarang ketika kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan kesulitan yang kita lalui...tidak perlulah tukar-tukar kerajaan negeri, sambung sahaja lima tahun," katanya.

Madius berkata demikian, semasa mengadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mangkapon, Pitas, di sini, kelmarin.

Madius yang telah berkunjung ke beberapa kawasan UPKO dan WARISAN Plus dalam tempoh 10 hari berkempen berkata permasalahan PTI merupakan isu utama terutama bagi masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM).

Beliau berkata, banyak kekeliruan berkaitan isu PTI di mana terdapat golongan yang memfitnah Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebagai penternak PTI dan UPKO juga bersekongkol.

"Setelah beri penjelasan dalam pelbagai sesi akhirnya selepas 10 hari mereka telah nampak bahawa semua itu hanya propaganda, tuduhan dan buatan kerana pihak lawan kita ini sudah kehilangan modal untuk berpolitik, tiada lagi modal politik untuk tarik pengundi," katanya.

Madius turut menyatakan bahawa di setiap kempen UPKO, penjelasan yang menyeluruh bersama fakta adalah penting supaya rakyat tahu dan sedar perkara sebenar.

"Rakyat semua pun sudah faham bahawa tuduhan terhadap WARISAN itu karut...tidak betul, sebaliknya rakyat sudah mula marah kepada UMNO.

"Kita (WARISAN Plus) tidak takut dan jentera semua bersemangat dan bekerja sebagai satu pasukan, WARISAN, UPKO, PKR, DAP dan Amanah bekerjasama dengan baik, sementara sebelah sana bercakaran, bergaduh. Mudah-mudahan dengan izin Tuhan, kita harap kerajaan WARISAN Plus akan menang dalam pilihan raya kali ni," katanya.

  • oleh
  • Advertisement