Anda di sini

Dua anggota keselamatan ditahan SPRM, bantu siasatan terima, agih wang beli undi

Advertisement
HAZANI
HAZANI

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan dua anggota keselamatan ditahan selepas menerima dan mengagihkan sejumlah wang dipercayai untuk 'membeli undi' salah seorang calon parti politik yang bertanding.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali semasa dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan pihaknya sudah menyerahkan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sumber berkata kedua-dua anggota terbabit ditahan di Lahad Datu selepas menjadi pengantara yang juga wakil kepada sebuah parti politik tempatan dan dipercayai akan mengagihkan wang kepada pengundi awal semalam.

Kes ini dirujuk oleh PDRM kepada SPRM selepas aduan diterima berhubung perkara ini.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy mengesahkan perkara ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement