Anda di sini

DAPSY buat laporan polis dakwa SUPP langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya

Advertisement
Julian (kiri) dan Anthony menunjukkan keratan akhbar yang memaparkan acara di mana berlakunya penyerahan bendera parti serta poster seakan kertas mengundi.
Julian (kiri) dan Anthony menunjukkan keratan akhbar yang memaparkan acara di mana berlakunya penyerahan bendera parti serta poster seakan kertas mengundi.

KUCHING: Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) membuat laporan polis terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kuching kerana mencetak poster menyerupai kertas mengundi dalam satu majlis baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, Julian Tan berkata perkara tersebut jelas dipaparkan dalam laporan beberapa akhbar tempatan, di mana jemputan menunjukkan poster tersebut yang tertera logo parti.

Menurutnya, poster tersebut juga dilekatkan di dinding bangunan kedai di mana majlis tersebut berlangsung.

"Mencetak sesuatu yang seakan kertas mengundi adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana ini bukan musim mengundi.

"Justeru, kita membuat laporan polis agar pihak berkuasa, terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap perkara ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pekarangan Balai Polis Sekama, hari ini.

Katanya, dalam majlis yang berlangsung di kawasan Padungan itu juga berlakunya acara penyerahan bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta pengumuman nama calon untuk konstituensi tersebut.

"SUPP adalah di pihak kerajaan dan sepatutnya mereka lebih peka mengenai perkara ini yang hanya boleh dilakukan dalam musim pilihan raya," katanya.

Laporan polis berhubung perkara tersebut dibuat oleh Pengerusi DAPSY Kuching Anthony Chin.

Sementara itu, bercakap mengenai Kenyalang Gold Card, Julian memohon kerajaan untuk mencari kaedah lebih mudah bagi proses penyerahan.

"Banyak faktor kita perlu lihat, bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi ada dikalangan mereka (penerima) juga menghadapi masalah pengangkutan.

"Seelok-eloknya, untuk memudahkan penerima, kad ini boleh sahaja dipos sepertimana kad kredit, daripada kita menyusahkan golongan warga emas ini untuk pergi ke sesuatu tempat," katanya.

Advertisement