Anda di sini

Tragedi bot karam di Bintulu, usaha pencarian temui jalan buntu

Advertisement
Pasukan SAR yang memulakan usaha pencarian pada hari yang kelima, hari ini.
Pasukan SAR yang memulakan usaha pencarian pada hari yang kelima, hari ini.

BINTULU: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa bot karam di Kuala Serupai menemui jalan buntu setelah kedua-dua mangsa masih gagal ditemui sehingga sekarang. 

Komander Operasi, Penguasa Bomba Gawai John ketika dihubungi berkata, operasi SAR hari ini yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu bermula seawal jam 7.30 pagi.

"Setakat Ahad, usaha SAR melibatkan radius 680 batu nautika persegi yang mana hari ini kawasan pencarian diperluaskan lagi bagi mencari petunjuk baharu berhubung kes ini, sekali gus mempercepatkan lagi penemuan kedua-dua mangsa yang masih hilang," ujarnya.

Usaha SAR ini katanya akan diteruskan sehingga 25 September ini dan keputusan sama ada meneruskan pencarian atau tidak akan ditetapkan pihak berkaitan kelak. 

Gawai berkata setakat ini, pasukan SAR yang melibatkan pasukan APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) giat menjalankan usaha pencarian sehingga petang ini.

Dalam insiden yang berlaku pada petang Rabu minggu lepas, mangsa, Kinminsna Kasim, 58, dan seorang pekerjanya, warganegara Indonesia, Pendi Salim Husim, 38 keluar memancing menuju ke kawasan Platform Temana A sebelum bot dinaiki keduanya ditemui terbalik di Kuala Serupai.

  • oleh
  • Advertisement