Anda di sini

Phoong sinar baharu Luyang

Advertisement
 Phoong memberi sinar baharu kepada Luyang selepas di beri mandat warga Luyang pada PRN 2018 dan bertekad untuk terus menggemilangkan kawasan halamannya itu.
BERTENAGA: Phoong memberi sinar baharu kepada Luyang selepas di beri mandat warga Luyang pada PRN 2018 dan bertekad untuk terus menggemilangkan kawasan halamannya itu.

MANDAT yang diberikan warga Luyang kepada Phoong Jin Zhe, 31, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 memberikan sinar baharu dan segar di kawasan itu walaupun hanya dalam tempoh 26 bulan perkhidmatannya.

"Terima kasih atas mandat anda pada 2018 yang saya iringi dengan janji bahawa Luyang akan menjadi titik mula politik baharu negeri ini. Sebagai anak jati Luyang, saya berasa amat bangga kerana dapat berkhidmat sebagai wakil rakyat Luyang selama 26 bulan yang lalu.

"Tempoh 26 bulan adalah tempoh perjawatan yang singkat tetapi saya amat bersyukur kerana mempunyai pasukan kerja yang unggul, bekerja bertungkus lumus bersama dengan saya. Dalam tempoh singkat itu, kami telah mencapai beberapa perubahan dan menyuntik semangat dinamik kepada Luyang. Saya percaya anda semua dapat melihat dan merasai perubahan ini.

"Sehubungan dengan itu, saya perlukan mandat warga Luyang lagi pada PRN 26 September ini bagi meneruskan aspirasi saya untuk Luyang terus maju ke hadapan dan terus bersinar," katanya yang juga dikenali sebagai Ginger.

 Phoong menerima watikah daripada Shafie sebagai calon WARISAN-Plus di DUN Luyang.
WATIKAH: Phoong menerima watikah daripada Shafie sebagai calon WARISAN-Plus di DUN Luyang.

Sepuluh pencapaian utama Phoong dalam 26 bulan perkhidmatannya di Luyang ialah:

1. Selesaikan lebih 80 peratus aduan rakyat.

Berkhidmat dengan kepercayaan bahawa politik adalah penentu kehidupan lebih baik, Phoong bersama pasukannya memanfaatkan kekuatan politik bertungkus lumus menangani pelbagai masalah penduduk dan menurut statistik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), 85.7 peratus aduan rakyat Luyang telah diselesaikan pada 2018 hingga 2019 manakala 88.88 peratus pada 2019-2020, iaitu satu pencapaian yang membanggakan.

2. Menaik taraf dan menceriakan taman rekreasi, wujudkan komuniti Luyang yang dinamik.

Atas kesedaran bahawa komuniti perlukan tempat bersenam dan bersantai-santai dengan selesa di taman berdekatan rumah yang juga telah menjadi tren pembangunan di bandar utama seluruh dunia, menaiktaraf dan menceriakan taman rekreasi adalah antara yang dilaungkan Phoong dalam kempennya pada PRN 2018.

Sebaik mendapat mandat, Phoong telah membuat pengubahsuaian terhadap taman rekreasi dan kemudahan sukan. Antaranya ialah mengubahsuai gelanggang bola keranjang Taman Foh Sang, menjadikannya gelanggang berkonsep seni yang pertama di Kota Kinabalu dan merupakan mercu tanda yang digemari ramai, aset indah yang dikongsi oleh penduduk Luyang.

 Phoong mengiringi Shafie (depan) yang datang melawat Pasar Malam Tahun Baharu Cina pada Januari lalu.
MERIAH: Phoong mengiringi Shafie (depan) yang datang melawat Pasar Malam Tahun Baharu Cina pada Januari lalu.

Tahun ini, gelanggang bola keranjang tempat Phoong bermain di zaman remajanya di Taman Tuan Huatt diubah menjadi gelanggang 'Tricourt' yang pertama di Malaysia.

Phoong juga berhasrat menjadikan taman rekreasi kegemaran ramai, Taman Harmoni Luyang menjadi sebuah taman komuniti yang indah dalam dua tahun secara berperingkat dan ianya telah pun dimulakan dengan membaharui trek berjoging.

3. Taman Foh Sang menuju ke pusat perniagaan yang dinamik.

Taman Foh Sang adalah nadi Luyang dengan kedai kopinya, kedai tradisional dan komunitinya  yang membanggakan masyarakat Cina Sabah. Seperti janjinya menadikan Taman Foh Sang sebuah pusat perniagaan dinamik, Phoong telah melancarkan pelbagai program seperti Pesta Tanglung dangan persembahan pentas yang menarik dan pasar malam yang menjual pelbagai makanan. Dengan perhiasan tanglung merah yang melambangkan budaya Cina, Taman Foh Sang telah bertukar menjadi sebuah komuniti yang dinamik dan bersemangat dan semua orang menanti-nantikan Pesta Tanglung ini setiap tahun.

Phoong mengekalkan program itu pada 2019. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut datang meraikan pesta yang menunjukkan keunikan dan kepelbagaian budaya dan kaum di Sabah.

4. Giat menyelesaikan masalah lalu lintas di Taman Foh Sang.

Masalah kekurangan tempat letak kereta di Taman Foh Sang telahpun wujud selama beberapa dekad. Cadangan untuk membina tempat letak kereta di Taman Foh Sang juga telah dibincangkan selama berpuluh-puluh tahun dan BN telah berjanji serta mengumumkan pembinaannya tetapi akhirnya ia hanya janji kosong.

 Phoong hormat dan sedia mendengar masalah, teguran dan nasihat dari mereka yang lebih tua.
HORMAT: Phoong hormat dan sedia mendengar masalah, teguran dan nasihat dari mereka yang lebih tua.

Setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, Phoong giat memulihkan perancangan ini, menyertai perbincangan serta mengemukakan idea dan cadangan baharu untuk menempatkan Bangunan Tempat Letak Kereta Komuniti Foh Sang di kawasan tempat letak kereta Taman Foh Sang.

Akhirnya, projek ini direalisasikan. Selain lebih 300 tempat letak kereta diwujudkan, sebanyak 92 gerai juga akan disediakan di pasar Foh Sang. Setelah DBKK mengambil alih bangunan itu, Phoong berjanji akan melaksanakan keceriaan lanskap atas bumbung bangunan, membina taman langit agar orang ramai dapat menikmati pemandangan dan mengadakan aktiviti.

Di samping itu, Phoong juga berjaya mendapatkan kelulusan RM4 juta dari Kerajaan Negeri Sabah untuk melancarkan 'Pelan Pemulihan Komuniti Taman Foh Sang' yang merangkumi pembinaan pintu gerbang, penaiktarafan laluan pejalan kaki dan menceriakan kawasan komersil. Projek itu telahpun disiapkan..

5. Komuniti yang penuh dengan kemakmuran seni dan dinamik.

Sesuai dengan tugasnya selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong juga telah memberi ruang dan peluang kepada anak muda di Luyang menonjolkan bakat mereka menerusi karya mural. Sebanyak 24 mural telah dilakarkan seniman muda dari pelbagai etnik  di kawasan komersil Taman Foh Sang dan ia mempamerkan keunikan seni tempatan ke seluruh dunia.

6. Pusat Perkhidmatan Milik Rakyat.

Mereka yang pernah datang ke Pusat Komuniti Luyang pasti suka tempat ini kerana ia bukan pejabat atau pusat perkhidmatan yang biasa tetapi pusat komuniti yang terbuka untuk masyarakat awam. Ini merupakan salah satu cara Phoong menyumbang kembali kepada masyarakat dengan rezeki yang diperoleh.

Dalam dua tahun ini, Pusat Komuniti Luyang telah mengadakan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan masyarakat Luyang. Lebih 500 penduduk Luyang telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang bermanfaat anjuran pusat komuniti ini seperti bengkel QiGong, sesi cerita untuk kanak-kanak, seminar informasi perbankan dan lawatan ke Dewan Undangan Negeri untuk mendalami pengetahuan demokratik.

Pusat komuniti juga mengadakan beberapa bengkel simpulan bahasa untuk kanak-kanak di mana Phoong  sempat menjadi guru sementara, memperkenalkan 10 simpulan bahasa kepada murid-murid.

7. Pendidikan yang baik, masa depan yang lebih cerah.

Phoong sedar bahawa tidak kira betapa miskin, pendidikan tidak boleh diabaikan. Dengan kerja sama sekolah-sekolah di Luyang, Phoong telah memberi bantuan termasuk menyediakan infrastruktur lengkap dan membolehkan pelajar belajar dalam suasana lebih baik.

Beliau telah memberikan peruntukan dana untuk  pembinaan bumbung dan jejantas di SK (C) Anglo Chinese, pembinaan bumbung Tadika Peak Nam Tong, pembinaan tangga besi di SM Tshung Tsin dan mendapat kelulusan penampalan jalan raya di SJK (C) Shan Tao Kota Kinabalu.

Sermasa krisis COVID-19, Phoong dan pasukannya telah menyerahkan 40,000 pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada enam sekolah di Luyang yang memanfaatkan hampir 8,000 pelajar.

8. Hormati warga tua, sayangi anak muda.

Phoong berasal dari keluarga yang miskin, oleh itu dia memahami bagaimana kehidupan orang miskin. Sebab itu, beliau turut ada program khusus untuk golongan ini seperti menyediakan peruntukan dana dan mengadakan kelas tuisyen percuma. Progam itu mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Phoong tersenarai dalam 20 tokoh politik muda yang paling berpengaruh di dunia pada 2019.

Phoong telah melancarkan Program Bantuan Murid pada akhir tahun 2019 di mana seramai 350 murid dari tiga sekolah rendah dan satu  tadika masing-masing menerima RM100 sebagai galakan mereka bersekolah.

9. Bersatu hati tangani wabak COVID-19.

Pandemik wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia awal tahun ini menjejaskan ekonomi tempatan dan kehidupan rakyat. Untuk itu Phoong telah melancarkan Pek Bantuan COVID-19 Luyang dalam bentuk makanan berjumlah 5,000 bagi membantu penduduk yang memerlukan di Luyang. Phoong juga telah menghantar pek bantuan dari Kerajaan Sabah yang memanfaatkan kira-kira 30,000 penduduk Luyang. Bantuan dalam bentuk pelitup muka juga telah diagihkan.

10. Memperbaiki kemudahan Klinik Luyang secara berperingkat.

Menambahbaik kemudahan di Klinik Luyang adalah antara misi penting Phoong dalam manifestonya di PRN lalu. Antara usaha yang sudah dilaksanakannya ialah pembelian empat penghawa dingin, mendapatkan peruntukan RM1 juta dari Kementerian Kewangan Persekutuan untuk membeli peralatan dan menaiktaraf perkhidmatan di Klinik Luyang, memperbaiki kebocoran bumbung dan pembelian kemudahan asas seperti kerusi.

Banyak lagi pencapaian lain Phoong walaupun hanya 26 bulan sebagai ADUN. Luyang mahupun seluruh Sabah dapat menyaksikan perubahan Luyang. Luyang semakin gemilang, dinamik dan mesra rakyat.

Dalam 26 bulan yang lalu, saya telah membawa perubahan yang ketara kepada Luyang. Saya tidak menelan RM2.6 bilion tetapi menghabiskan 26 bulan untuk melakukan yang terbaik untuk penduduk Luyang dan Sabah.

"Terima kasih atas mandat dan kepercayaan anda pada 2018. Dengan rendah hati dan cekal hati, sekali lagi saya menjadi calon DAP di DUN Luyang memohon mandat warga Luyang. Saya akan terus berusaha dan terus bertanggungjawab untuk Luyang  terus bersinar dengan gilang-gemilang.

"Berilah peluang kepada anak muda untuk terus memimpin dan membawa perubahan kepada Sabah," katanya.

DUN N21 Luyang yang mempunyai 25,775 pengundi melibatkan pertandingan enam penjuru.

 Phoong yang mesra rakyat dikenali dan disenangi semua lapisan masyarakat Luyang.
MESRA: Phoong yang mesra rakyat dikenali dan disenangi semua lapisan masyarakat Luyang.

Selain Phoong yang bertanding menggunakan logo Warisan, calon lain ialah Wilson Chang Khai Sim (PCS), Gee Tien Siong (PN-SAPP), Datuk Hiew King Cheu (GAGASAN), Datuk Anthony Linggian @ Chong Yuk Ken (LDP) dan Chin Ling Ling (Bebas).

Pada PRN 2018, Phoong menang kerusi itu dengan majoriti 12,408 undi selepas meraih 14,237 undi mengalahkan calon BN-MCA, Pamela Yong yang hanya meraih 1,829 undi dan calon USA-SAPP, Gee Tien Siong yang hanya meraih 807 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Phoong adalah pemegang Ijazah Bersekutu Kewartawanan dan Perhubungan Awam, Kolej Universiti New Era. Kerjaya politik dan kepimpinannya digilap sejak diberi kepercayaan sebagai Pengarah Publisiti DAP Sabah pada PRU13.

Selepas pilihan raya, beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Ahli Parlimen Sandakan pada masa yang sama diberi dukungan sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah dan Setiausaha Publisiti DAP Sabah.

Pada 2015, beliau dilantik sebagai Pengarah Dasar Awam Pemuda DAP (DAPSY) disusuli jawatan Koordinator DAP Luyang pada tahun 2016.

Selain memegang jawatan rasmi, Phoong banyak menulis dan melakukan penyelidikan ke luar negara seperti Taiwan, Australia dan Singapura.

  • oleh
  • Advertisement