Anda di sini

Laporkan segera tindakan rasuah membabitkan warga Kementerian Belia dan Sukan- Abdul Karim

Advertisement
Abdul Karim menerima Ikrar Bebas Rasuah (IBR) daripada Nancy pada majlis perasmian Hari Integriti dan pelancaran Bengkel Pelan Anti-Rasuah Organisasi KBS Tahun 2020 di Kuching hari ini.
Abdul Karim menerima Ikrar Bebas Rasuah (IBR) daripada Nancy pada majlis perasmian Hari Integriti dan pelancaran Bengkel Pelan Anti-Rasuah Organisasi KBS Tahun 2020 di Kuching hari ini.

KUCHING:Ketua jabatan dan ketua-ketua bahagian di bawah  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diingatkan untuk tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pekerja yang terlibat dengan rasuah.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, mereka perlu bersikap tegas tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status dengan pekerja terbabit.

Tegasnya, setiap perlakuan rasuah yang berlaku di dalam Kementerian perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan tertinggi dan pihak berkuasa berwajib.

"Saya percaya pembudayaan integriti dalam kalangan warga kerja adalah paling utama kerana ia merupakan batu asas dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat dan pihak-pihak yang berurusan dengan Kementerian.

"Sama ada sedar atau sebaliknya,  sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya menjadi nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan ekonomi," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Integriti dan pelancaran Bengkel Pelan Anti-Rasuah Organisasi KBS Tahun 2020 di sini, hari ini.

Mengambil contoh dalam perniagaan, Abdul Karim berkata, seorang peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan daripada pelanggan  yang membeli barangan  yang dijual dan sememangnya pelangan tersebut akan terus membei kepada penjual tersebut.

"Begitu juga dengan kita sebagai penjawat awam, dengan sifat yang jujur, amanah serta tinggi integriti, kita tidak akan mudah terjeremus dalam masalah pecah amanah dengan makan rasuah daripada pihak luar.

"Saya percaya jika lurus pembawakan sektor awam maka luruslah jalan  untuk mencapai hala tuju negara , sebaliknya jika bengkok pembawakannya maka berliku-likulah jalan tersebut," katanya.

Oleh itu, tambahnya, adalah penting bagi penjawat awam negeri ini untuk memiliki semangat penghayatan dan amalan nilai intergriti yang tinggi bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan cekap dan berkesan.

Dalam pada itu, Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkata, KBS akan mengadakan bengkel OACP di Hotel Waterfront di sini, mulai 23 hingga 25 September sebagai usaha untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan tentang pelan tersebut bagi tempoh 2021-2025 yang harus dibudayakan secara menyeluruh dan konsisten.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan; Pemangku Setiausaha Tetap KBS Sarawak, Nancy Jolhi dan tetamu kehormat yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement