Anda di sini

Kebajikan Awang dijaga baik kerajaan negeri, persekutuan

Advertisement
 Dunging ditemui pada upacara penghormatan terakhir mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching semalam. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
KEBAJIKAN DIJAGA: Dunging ditemui pada upacara penghormatan terakhir mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching semalam. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Kebajikan mendiang Datuk Sarjan (B) Awang Raweng dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri dan persekutuan sehingga nafas terakhirnya.

Bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Sarawak Leftenan Kolonel (B) Dunging Serit berkata beliau mengenali mendiang ketika ditugaskan sebagai pengarah JHEV Sarawak.

Bagi mengenang jasa mendiang pada ketika itu katanya, jabatan telah membantu membina rumah baharu bagi mendiang di Sri Aman.

Sebelum itu katanya, rumah lama mendiang juga dibaik pulih oleh kerajaan menerusi tentera.

“Kita menjaga kebajikan mendiang sehingga ke akhir hayatnya dan dapat dilihat dari segi bagaimana persiapan dibuat bagi menguruskan jasad mendiang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada upa-cara penghormatan terakhir terhadap mendiang Awang Raweng di Dewan Suarah Kuching di sini semalam.

Mengulas mengenai soal kebajikan keseluruhan ve-teran tentera di negeri ini, Dunging berkata sebagai bekas pengarah beliau mendapati kebajikan veteran dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri ini.

Kerajaan negeri katanya, ada menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu veteran yang memerlukan.

Manakala daripada kerajaan pusat melalui jabatan pula, ada diberikan bantuan kepada veteran yang sakit seperti peralatan sokongan dan sebagainya.  

“Bagi veteran yang tidak berpencen pula, apabila umur mereka mencapai 60 tahun kita memproses permohonan mereka supaya dapat bantuan RM300 sebulan.

“Jadi memang boleh saya katakan kalau di peringkat negeri Sarawak, kita ada seramai lebih kurang 25,400 veteran berpencen di negeri ini dan semuanya dijaga de-ngan baik.

“Kecuali yang di pedalaman mungkin ada yang tercicir kerana tidak mendapat maklumat tetapi dengan komunikasi sekarang, kita dapat sampaikan kepada mereka,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement