Anda di sini

Bidang pertanian berdaya saing, besar impaknya

Advertisement
 Yussibnosh (depan, tengah) bersama penduduk Tanjung Pedada, Mukah pada majlis perasmian AgriCOP semalam.
RANCAKKAN PERTANIAN: Yussibnosh (depan, tengah) bersama penduduk Tanjung Pedada, Mukah pada majlis perasmian AgriCOP semalam.

MUKAH: Sarawak berpotensi menjadi pembekal utama dalam sektor pertanian dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo berkata, sektor berkenaan mampu menjadi penyumbang utama ekonomi negeri ini.

“Pertanian adalah bidang yang berdaya saing dan mampu memberikan impak besar kepada Sarawak,” katanya ketika Majlis Perasmian Agriculture Community Extention Program (AgriCOP) di Rumah Ajah, Tanjung Pedada dekat sini, semalam.

Menurutnya, melalui penyelidikan dan kajian, bidang pertanian sentiasa berubah dan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Negeri ini juga mempunyai keluasan dan kesesuaian yang tepat untuk kegiatan pertanian terutama secara besar-besaran.

Secara tidak langsung, usahawan tani dan mereka yang terlibat sama ada dalam penghasilan huluan atau hiliran produk-produk asas tani bakal mendapat keuntungan.

Apa yang penting, produk-produk dihasilkan harus berkualiti dan dapat dikeluarkan secara konsisten dalam kuantiti yang banyak.

Mengenai kemudahan pengangkutan katanya, kini kemudahan jalan raya membolehkan barangan hasil tani berkenaan senang dihantar ke semua kawasan dan dapat diedar dengan cepat.

“Pertanian amat sesuai untuk diusahakan atau dijadikan perniagaan secara serius,” jelasnya.

Pada masa sama, banyak bantuan diberikan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun daripada aspek pinjaman kewangan daripada institusi berkaitan untuk hal tersebut.

  • oleh
  • Advertisement