Anda di sini

Tindakan pantas bomba selamatkan pasar raya 

Advertisement
Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran di sebuah pasar raya di Batu 7, Kota Sentosa.
Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran di sebuah pasar raya di Batu 7, Kota Sentosa.

KUCHING: Tindakan pantas anggota bomba memadam kebakaran sebuah pasar raya di Batu 7, Kota Sentosa dekat sini berjaya menyelamatkan premis itu daripada musnah sepenuhnya, malam Sabtu. 

Kebakaran dilaporkan jam 11.10 malam itu bagaimanapun hanya melibatkan 10 peratus kemusnahan dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian tersebut. 

Jelasnya, setibanya di lokasi Komander Operasi melaporkan asap tebal keluar bahagian bawah pasar raya terbabit. 

Keadaan kuanter pasar raya terbabit selepas terbakar.
Keadaan kuanter pasar raya terbabit selepas terbakar.

"Anggota bomba dari BBP Batu Lintang berjaya memecah masuk pintu dari bahagian hadapan untuk membuat pemadaman manakala anggota dari BBP Tabuan Jaya telah bertindak dari belakang bangunan.

"Dengan tindakan pantas pasukan pemadaman, kebakaran berjaya di kawal pada 11.36 malam dan setelah 4 minit kemudian, kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kebakaran tersebut telah memusnahkan 10 peratus dari keseluruhan bangunan (850 meter persegi) supermarket iaitu hanya melibatkan dua kaunter termasuk barangan berhampiran kaunter berkenaan. 

"Kebakaran juga tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," ujarnya. 

Operasi telah tamat sepenuhnya pada jam 12.21 tengah malam. 


 

  • oleh
  • Advertisement