Anda di sini

Tegas menyahut cabaran berbeza daripada tugas hakiki

Advertisement
__alt__

KUCHING: Pembudayaan norma baharu bukan perkara mudah untuk dilaksanakan, lebih-lebih lagi pada waktu pandemik.

Nasihat boleh diberikan, garis panduan juga boleh ditetapkan.

Namun, tidak dapat tidak penguatkuasaan perlu dijalankan dan di sinilah pen-tingnya peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai petugas barisan hadapan negara melawan COVID-19.

Tugas hakiki polis memba-nteras jenayah dan menjaga keamanan, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu, mereka menghadapi cabaran berbeza dan pelbagai untuk memastikan masya-rakat membudayakan norma baharu.

AIDI
AIDI

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, salah satu cara polis Sarawak meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembudayaan norma baharu ialah menerusi laman sosial.

Menurutnya, polis Sarawak menerusi laman Facebook miliknya akan membuat hebahan dari semasa ke semasa agar orang ramai tidak alpa dengan prosedur operasi standard (SOP) PKP Pemulihan (PKPP) sekarang.

__alt__

“Kita akan memberi pendedahan secara berterusan kepada setiap lapisan petugas PDRM di lapangan dengan memberi pengetahuan secara terperinci bagaimana untuk mengambil tindakan mengikut SOP norma baharu dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Selain itu, kita juga akan membuat hebahan mengenai norma baharu di sekolah-sekolah untuk pelajar melalui medium Pegawai Perhubu-ngan Sekolah (PPS),” ujarnya kepada Utusan Borneo, baru-baru ini.

Tambah beliau, polis turut mengambil pendekatan berhemah untuk mendidik dan mendisiplin masyarakat agar ciri-ciri norma baharu dite-rapkan dalam sanubari, bukan dari sudut penguatkuasaan semata-mata.

“Kita turut mengadakan kempen-kempen kepolisan dan nasihat atau teguran di tempat tumpuan masyarakat,” jelasnya.

Biarpun demikian katanya, dalam berhemah polis akan tetap tegas kerana pematuhan kepada SOP adalah faktor penentu kejayaan usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

 Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon (dua kiri) bersama anggotanya melakukan pemeriksaan di salah satu pintu masuk di sempadan negara yang terletak di Serikin.
PERIKSA: Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon (dua kiri) bersama anggotanya melakukan pemeriksaan di salah satu pintu masuk di sempadan negara yang terletak di Serikin.

Aidi berkata, penguatkuasaan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal di tempat awam yang sesak dan penggunaan cecair pensanitasi tangan penting dalam proses pembudayaan norma baharu.

“Tindakan tegas seperti kompaun ke atas premis atau individu yang ingkar SOP akan diambil, atau membuat tangkapan sekiranya diperlukan semasa menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta 342,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai cabaran polis, Aidi berkata antara kes yang menunjukkan peningkatan sejak PKP dilaksana ialah jenayah siber melibatkan kes-kes penipuan susulan peningkatan pembe-lian secara dalam talian.

 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melakukan rondaan di sempadan Sarawak-Kalimantan.
KAWALAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak melakukan rondaan di sempadan Sarawak-Kalimantan.

“Masyarakat kini lebih gemar untuk membeli dalam talian daripada berhimpit-himpit di kedai mahupun mana-mana pusat beli-belah dan ini bagus, terutama dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

“Namun ada pihak yang mengambil kesempatan de-ngan melakukan penipuan pembelian secara dalam ta-lian sehingga ada pengguna tidak menerima barangan yang ditempah meskipun pembayaran sudah dibuat dan berlaku juga kes penjualan produk-produk tiruan di pasaran,” katanya.

Beliau tidak menafikan pihaknya turut menerima ba-nyak laporan penularan berita palsu berkaitan COVID-19 di media sosial, contohnya di Facebook, Twitter dan lain-lain.

“Namun, kita ada pasukan yang akan memantau perkara ini dan kepada orang ramai, kita memohon agar tidak berkongsi  sesuatu berita yang belum terbukti kesahihannya kerana kita risau ia boleh menggugat ketenteraman awam.

“PDRM akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menghadapi cabaran ini,” katanya.

Aidi berkata, pihaknya turut memantau perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan secara mudah alih melalui aplikasi telefon bimbit atau laman sesawang.

“Kita khuatir perkhidmatan seperti ini akan membuka pe-luang kepada penjenayah untuk melakukan aktiviti jenayah terutama bagi kes-kes pengedaran dadah,” katanya.

 Polis melakukan pemeriksaan semasa membuat pemantauan di Tebingan Kuching.
OPERASI: Polis melakukan pemeriksaan semasa membuat pemantauan di Tebingan Kuching.

Sementara itu katanya, pengawasan PDRM di sempadan negara khususnya di sempadan Sarawak juga diperketatkan untuk menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Jelasnya, sekatan diperketat-kan adalah untuk memastikan tiada PATI yang mungkin positif COVID-19 berjaya masuk ke negeri ini.

“Selain itu, PDRM perlu lebih berhati-hati dan melaksanakan prosedur tangkapan ke atas mana-mana penjenayah mengikut SOP terutama jika melibatkan tangkapan PATI bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19,” katanya.

__alt__

Peniaga, pelanggan MNS senada terima amalan norma baharu

KUCHING: Pandemik COVID-19 mengajar kita untuk mengadaptasi diri kepada pembudayaan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Salah satu bidang yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ialah perniagaan dan pasar basah Medan Niaga Satok (MNS) tidak terkecuali.

Masyarakat nampaknya akur dan sepakat menerima langkah-langkah pencegahan sebagai sebahagian daripada norma baharu kehidupan abad ke-21.

Setiap yang datang mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dan mencatatkan nama serta nombor telefon atau mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau QMUNITY sebelum masuk ke MNS.

SALLEH
SALLEH

Peniaga ikan terubuk masin dan ikan segar, Salleh Mustapha, 61, yang lebih lapan tahun berniaga di MNS berkata, beliau serta rakan-rakan tidak berdepan masalah dalam mematuhi SOP yang diwajibkan.

“Kami sedar bahaya wabak COVID akan terus menular dan merosakkan perniagaan jika SOP ini tidak dipatuhi, justeru ia perlu dipatuhi demi memastikan keselamatan ma-sing-masing. Malah kami tidak langsung terbeban dengan SOP yang ditetapkan kerajaan kerana yakin, itulah yang terbaik,” katanya.

Beliau bersyukur bukan sahaja dalam kalangan peniaga, malah pelanggan dilihat mematuhi norma baharu dengan sentiasa memakai pelitup muka serta melakukan penjarakan fizikal.

 Pengawal keselamatan Mohd Zulfikrin Suria memeriksa suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke MNS.
PATUH: Pengawal keselamatan Mohd Zulfikrin Suria memeriksa suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke MNS.
 Peniaga dan pembeli mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika di pasar basah di MNS.
DISIPLIN: Peniaga dan pembeli mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika di pasar basah di MNS.

Pengunjung MNS, Zubaidah Haijee berkata keyakinan pelanggan terhadap pasar basah itu semakin kuat apabila pengurusan MNS memperketatkan SOP terhadap peniaga dan pelanggan.

“Pada awalnya, ramai dalam kalangan kita beranggapan SOP ini agak membebankan tetapi selepas beberapa ketika tahap kesedaran mengenai pematuhan SOP penting untuk semua,” katanya.

Beliau berpuas hati dengan pelaksanaan SOP untuk pe-ngunjung dan peniaga yang mana di setiap pintu masuk terdapat arahan atau notis untuk memakai pelitup muka dan disediakan alat mengambil suhu dan cecair pensanitasi tangan.

MAT SANI
MAT SANI

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak Datuk Dr Mat Sani Hasan berkata sebelum CO-VID-19, MNS beroperasi setiap hari berdasarkan kepada komponen-komponen yang telah ditetapkan dengan tidak mengehadkan kedatangan pelanggan.

“Komponen-komponen ini meliputi Blok B iaitu Pasar Basah yang menempatkan hasil laut, ikan terubuk masin, ayam, daging dan barang runcit) dan Blok C (pasar kering sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri asas tani) yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 8 malam untuk Isnin hingga Jumaat dan Sabtu hingga Ahad dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

“Sementara Blok D menem-patkan barangan tekstil dan pelbagai serta Blok E (benteng/medan selera dibuka dari awal pagi hingga lewat malam). Ini termasuk jualan borong yang dilaksanakan pada awal pagi dari jam 12 pagi hingga 8 pagi manakala pasar minggu beroperasi setiap hari Sabtu dan Ahad,” katanya.

Namun, apabila kerajaan mengumumkan PKP fasa pertama pada 18 Mac lalu katanya, hampir keseluruhan aktiviti dihentikan kecuali sektor-sektor penting seperti bekalan makanan.

Selaras dengan arahan tersebut kata beliau, komponen yang dibenarkan beroperasi adalah Blok B dan Blok C sahaja.

“Manakala Blok D, Blok E, Pasar Borong dan Pasar Minggu tidak dibenarkan beroperasi dengan syarat pematuhan ketat segala arahan keselamatan sepanjang tempoh PKP ini berjalan,” ujarnya sambil menambah, pembukaan ke-seluruhan dilakukan secara berperingkat setelah mendapat kebenaran.

Ditanya mengenai langkah FAMA untuk pematuhan norma baharu di MNS, Mat Sani berkata, pihaknya telah melakukan kawalan ketat selaras dengan arahan kerajaan.

“Antaranya mewajibkan pemakaian pelitup muka, merekodkan kehadiran, pemeriksaan suhu badan, melakukan penjarakan fizikal dan menyediakan cecair pensanitasi tangan dan membuka hanya satu laluan masuk dan keluar bagi mengawal bilangan pengunjung yang memasuki pasar MNS,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh PKP, MNS telah beroperasi setiap hari sehingga arahan penutupan pada 30 Julai lalu hingga 14 Ogos lalu berikutan wujudnya Kluster Satok selepas empat individu di pasar berkenaan dijangkiti pandemik COVID-19.

Selepas habis tempoh penutupan katanya, pihak pengurusan MNS sekali lagi mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan proses sanitasi keseluruhan kawasan.

“Ia bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengunjung dan peniaga terjamin sehinggalah pada 17 Ogos, MNS beroperasi semula dengan terus memastikan SOP sentiasa dipatuhi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement