Anda di sini

Petani terus dibantu untuk tingkat hasil

Advertisement
 Olivia (dua kiri) menyampaikan cenderamata berupa anak pokok tanaman kepada Sikie (dua kanan) sambil disaksikan Joseph (kiri), Tuai Rumah Arjey (kanan) dan Pemanca Gerosen (dua kanan).
PENGHARGAAN: Olivia (dua kiri) menyampaikan cenderamata berupa anak pokok tanaman kepada Sikie (dua kanan) sambil disaksikan Joseph (kiri), Tuai Rumah Arjey (kanan) dan Pemanca Gerosen (dua kanan).

TATAU: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian akan terus menyalurkan pelbagai subsidi dan khidmat nasihat, kursus dan taklimat kepada petani ne-geri ini untuk meningkatkan hasil tanaman mereka.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, bantuan tersebut akan diberi kepada petani yang benar-benar menunjukkan minat dan telah memulakan sendiri aktiviti pertanian atau ternakan mereka.

Beliau berkata, tujuan kerajaan menyalurkan bantuan itu adalah untuk me-ningkatkan pengeluaran hasil pertanian negeri ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

“Kita juga ingin mewujudkan peluang ekonomi dan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan luar bandar dengan sasaran pendapatan setiap isi rumah di Sarawak tidak kurang daripada RM4,000 sebulan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan rasmi Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) anjuran Jabatan Pertanian Daerah Tatau di Rumah Arjey, Nanga Mina, Kakus Tatau, kelmarin.

Sikie berkata, penganjuran AgriCOP antara usaha dilakukan kerajaan untuk memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan kepada para petani di rumah-rumah panjang dan kampung-kampung berkenaan cara penanaman dan penjagaan tanaman de-ngan betul.

Justeru katanya, apabila pembinaan Jalan Kelebu ke Rumah Ado atau Rumah Arjey siap, ia akan memudahkan penduduk dari kawasan tersebut memasarkan hasil tanaman mereka terus ke Bintulu.

Dalam hal itu katanya, penduduk luar bandar perlu berusaha bersungguh-sungguh mengusahakan tanah mereka untuk pertanian agar membuahkan hasil serta menjana pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

“Antara tanaman yang baik diusahakan ialah tanaman jenis sayur-sayuran yang mempunyai permintaan dan berharga tinggi di pasaran contohnya terung asam, cili dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau juga menyeru biro wanita rumah-rumah panjang mengusahakan projek tanaman secara komuniti dan hasil projek tersebut dapat digunakan sebagai dana untuk keperluan biro mereka.

Pada masa sama, Sikie meng-umumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) untuk Biro Wanita Rumah Arjey berjumlah RM10,000 dan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) untuk rumah panjang terse-but bagi menggantikan atap rumah yang telah rosak.

Antara aktiviti sepanjang program dua hari terbabit yang disertai 162 peserta ialah taklimat dan ceramah, perkongsian ilmu berkenaan teknologi tanaman durian, tanaman sayur-sayuran, tanaman kelapa sawit, madu kelulut dan ternakan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Hadir sama Ketua Seksyen Agro Makanan Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu Olivia Aren, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Tatau Joseph Mawan, Pengetua Pusat Latihan Pertanian (ATC) Bintulu Senelus Maja, Pemanca Gerosen Jubin, Penghulu Sanok Magai, Penghulu Lubon Kinchang, Penghulu Allister Alli dan Pegawai Penerangan Daerah Tatau Donny Minggu Ling.

  • oleh
  • Advertisement