Anda di sini

Pentadbiran tersusun faktor SABERKAS bertahan 

Advertisement
Abang Johari (duduk, tengah) bergambar bersama semua penerima sijil Baktimu Dikenang.Turut kelihatan (duduk dari dua kanan) Shafiee, Abdul Karim, Ting dan Lee.

MIRI: Pentadbiran tersusun dalam Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) faktor penubuhannya terus bertahan sehingga ke hari ini. 


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penyatuan dan persefahaman di kalangan ahli pelbagai kaum menjadikannya pertubuhan belia yang disegani.


"SABERKAS masih hidup, milik hayat oleh sebab pimpinan menyusun dengan baik, dari Tun Rahman, Tun Taib,  saya.  Susunan yang baik, saya rasa bahawa, di peringkat akar umbi juga, menyumbang pembangunan,"  jelas beliau menghadiri majlis sarapan pagi bersama ahli cawangan Piasau dan penyampaian sijil Baktimu Dikenang - Kamek Orang Saberkas hari ini. 


Beliau yang juga mantan Presiden berkata, dengan pendekatan seimbang, belia dilatih mengurus kaum dengan mengelak sensiviti kaum dan agama. 


"Saya melihat SABERKAS sebagai satu pertubuhan yang terkuat di Malaysia, kerana banyak pemimpin dari Semenanjung datang ke Sarawak, diberi taklimat tentang SABERKAS dan mereka kagum dengan pertubuhan," jelasnya. 


"Kita dapat menguruskan pembangunan belia dengan tersusun dan sebagai input dasar kerajaan. Pertubuhan mantap dari semua sudut dan dalam keadaan baik. SABERKAS dihormati oleh orang lain," tambahnya. 


Melihat kepada kepentingan ilmu dan kemahiran teknologi di zaman moden sekarang, ia harus dijadikan aspek utama pembangunan ahli SABERKAS. 


Mereka juga boleh mendapat pandangan dan nasihat dari orang-orang lama terhadap keputusan dan perancangan yang bakal dilaksanakan. 


"Selaku mantan presiden, saya ucap terima kasih. Kita sebagai orang tua, beri nasihat kepada orang muda, orang muda jangan ikut emosi, jangan cepat ikut perasaan buat keputusan, " jelasnya. 


Beliau yakin Presiden baharu, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah akan membawa lebih banyak kecemerlangan kepada SABERKAS khasnya sumbangan belia kepada pembangunan negeri ini. 


"Tahun ini saya juga menyerahkan pimpinan kepada orang baru kepada Datuk Karim yang telah banyak melihat pembangunan belia. Bawa ke era baru, mencabar dari sudut perubahan sosial dan ekonomi di masa depan," jelasnya. 


Terdahulu Menteri Muda Pelancongan Kesenian Kebudayaan merangkap Pengerusi SABERKAS cawangan Piasau Datuk Sebastian Ting berterima kasih atas sumbangan Abang Johari terhadap pembangunan SABERKAS selama ini. 


Objektif majlis adalah untuk mengenang jasa bakti ahli termasuk ahli lama yang akan terus diingati dan dihargai sepanjang masa. 


Seramai 30 ahli dan wakil menerima sijil dari Abg Johari. Turut hadir Menteri Pelancongan merangkap Presiden SABERKAS Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin dan ADUN Daro yang juga dari  Setiusaha Agung SABERKAS, Shafiee Ahmad.
 

  • oleh
  • Advertisement